Monday, 27 February 2017

ESP SHAKLEE

Energizing Soy Protein (ESP)
----------------------------

HOT Seller Produk Shaklee di Malaysia!

Kenapa? Jom baca 5 sebab penting kenapa ESP menjadi rebutan 😊

1️⃣ Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. 

2⃣ ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

3️⃣ Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

4️⃣ Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

5️⃣ Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

Kod Produk:11003 (850g)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 22 February 2017

Berpantang Bersama Shaklee

Dah lama sebenarnya saya nak bercerita Set Pantang Shaklee ni. Tapi asyik tertangguh. Ok, sementara waktu rehat ni kita cerita sikit lah berkenaan Set Berpantang.

Bila sebut je Set Pantang ramai yang cenderung menggunakan akar kayu a. k . a. Set Tradisional seperti kebanyakan orang dulu-dulu kala. Tanggapan saya mungkin x ramai yang berminat nak try Jamu Moden dari Shaklee ni. Salah rupanya. Ramai jugak yang buat pembelian Set Berpantang Shaklee ni.

Bila ditanya kenapa? Berdasarkan testimonial yang menyatakan lebih bertenaga dan kulit semakin cantik serta susu badan melimpah ruah. Wah, menarik. Ada seorang kawan ni pun order Set Berpantang dengan saya, sebelum ni dia ada ambil Set Kesuburan Shaklee jugak setelah beberapa tahun berkahwin tetapi tiada cahaya mata. Saya tanya kenapa ambil Set Berpantang Shaklee? Dia bagitau sebab kalau ubat pahit dia tak telan takut membazir, so dia ambil Shaklee sebab memang dia akan makan. 😍

Alhamdulillah ramai bagi feedback positif. Sepertimana yang kita ketahui biasanya wanita bersalin kehilangan banyak darah, tenaga, luka bersalin dan semua nak kembali pulih seperti sedia kala. Tambah-tambah dalam tempoh yang sama pulak nak menyusukan anak semestinya nak bagi susu yang berkualiti. Biasalah wanita ni macam-macam benda nak buatkan.

Ni antara feedback customer yang amalkan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee.

Friday, 17 February 2017

Set Kehamilan Shaklee

Penting ke ambil Vitamin semasa hamil? Bagi saya tersangat penting dan wajib. Eh, eh, terpulang kepada individu itu sendiri. Sepertimana biasa, dalam keadaan tidak hamil, kita sendiri kekadang akan cepat penat dan kurang tenaga untuk melakukan kerja apatah lagi jika berbadan dua.

Selalunya berdasarkan pengalaman saya mengendalikan wanita-wanita hamil biasanya mempunyai masalah seperti HB Low, alahan, cepat penat dan ada mengalami masalah kulit dan lain-lain lagi.

Dalam cabaran dunia sekarang, ramai wanita bekerja mengambil Vitamin dan tak kurang jugak wanita suri rumah. Dua-dua still ambil Vitamin sebab mereka pun still melakukan kerja.

Ada seorang customer pernah datang kepada saya menceritakan dia mempunyai risiko yang banyak semasa hamil dan pernah mengalami keguguran gara-gara tidak menjaga makan. Dia menyesal bila menghadapi risiko tersebut.  Tak jaga makan yang saya maksudkan dia skip makan sebab busy bekerja. Selalu saya dengar kes-kes orang terlebih makan.

Setelah dia bersalin terus message cakap terima kasih sebab kedua-dua ibu dan baby sihat. Alhamdulillah. Bila jumpa terus peluk saya. Terharu pulak, sebab kita tolong consult cara makan vitamin yang betul je tetapi nilai yang kawan saya dapat ni sangat tinggi bagi nyawa anaknya. Semua berlaku dengan izin Allah.

Kelebihan mengamalkn Vitamin:-

🌼Memberi tenaga tambahan untuk ibu-ibu hamil kekal bertenaga untuk melakukan tugasan harian seperti biasa.
.
🌼Menjamin kesihatan yang optimum bagi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
.
🌼Mencegah masalah yang biasa dialami oleh ibu hamil seperti berikut:

♥Letih dan lesu
♥Selalu demam dan selsema
♥Kejang otot dan sakit belakang
♥Susah tidur
♥Sakit gigi dan gusi berdarah
♥Sembelit
♥Kulit gelap di celah lipatan tubuh
.
Pengambilan nutrisi yang lengkap & berkhasiat sepanjang kehamilan juga adalah kunci utama kepada:
.
🌸 perkembangan otak & minda bayi yang sempurna
🌸 perkembangan bayi yang sihat
🌸 pencegahan bayi dari mendapat jaundis
🌸kesihatan keseluruhan ibu dan bayi
.
Antara suplemen yang boleh diamalkan semasa kehamilan:
.
1.Vitalea with Iron Formula

🌸 membantu ibu menambahkan zat besi kerana kebiasaanya ibu mengandung kekurangan zat besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, kurang daya ingatan, dan kurang konsentrasi.
.
2.Sustain Release Vitamin C
🌸 sebagai antioksidan, membantu meningkatkan daya imunisasi badan, ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
🌸 membantu penyerapan iron. Kalau tak cukup vitamin c, makanlah iron sekapal pun tak akan diserap oleh badan.
.
3. B Complex.
🌸 lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan dan membantu tubuh badan bertenaga, bantu lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri serta mengelakkan risiko bayi cacat.
.
4.ESP
🌸 memberikan tenaga berkekalan
🌸Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin2 lain.
🌸 kulit lebih gebu, licin dan cantik.
🌸menguatkan rahim
🌸mengawal kandungan gula dalam darah
.
5.Ostematrix
🌸 baby serap almost 90% kalsium ibu.
🌸 jika siibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka siibu tadi akan mengalami risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki, simpul biawak, mudah letih dan lesu
.
6.OmegaGuard
🌸Bagus untuk IQ & visual utama bayi, kurangkan risiko eczema & bantu pengawalan berat badan ibu.

Nak Cuba Set Hamil Shaklee?

Hubungi :0199399544

Resipi Soto Versi Kak Naja

Kelantan dapat cuti 3 hari tersangat seronok. Azamnya nak update blog sebanyak mungkin. Tapi biasalah den ni ari Jumaat memang busy sikit. Basuh baju, kemas rumah dan dapur gaya bibik ala diva.(Gurau jer).

Sebenarnya dah lama nak masak soto, tapi asyik tertangguh sebab x cukup bahan. Semalam ke pasar terus lah den beli apa-apa yang patut. Den masak versi simple jer. Tapi lama jugak. Sebab banyak buat benda lain.

Resipi Soto

Nasi Himpit[kapit) beli yang segera dan rebus jer. Versi buat sendiri nanti kita review lain kali ek).

Kuah soto :

Bawang putih - 5 ulas
Bawang merah - 10 ulas
Halia sedikit
Blend

Panaskan minyak, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, dah naik bau masukkan bahan blend tadi, serai jgn lupa, 1-2 batang dah ok.

Masukkan ayam dan air ikut suka bila dah masak masukkan rempah kurma 3 sudu dan garam secukup rasa. Siap.

Begedil Daging

Rebus kentang dan daging cincang.
Lenyekkan kentang, masukkan daging, daun sup & daun bawang, bawang goreng(kalau ada) dan lada hitam yang di tumbuk sedikit kalau nak sedap. Gaul semua dan gentel. Celup telur dan goreng. Yummy.
Teknik menggoreng cam biasa la tunggu api betul2 panas dan slow kan sikit semasa menggoreng.

Sambal Kicap

Kicap manis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit perahan limau nipis

Resipi ni boleh la adjust Ikut kesesuaian k.

Ok la resipi untuk minggu ni. Nanti kita share lagi k.

Thursday, 16 February 2017

Ekzema, Alergik dan Gegata

Bercerita mengenai sakit kulit atau Ekzema adalah sesuatu yang tidak semua orang dapat merasainya. Lain padang lain rumput, lain orang lain penyakitnya.

Dari kecil lagi saya tersangat alah dengan seafood. Makan sikit mesti gatal jadinya. Saya juga penghidap resdung. Salah makan akan selsema, sakit telinga dan sakit tekak.

Pernah saya berjumpa doktor mengenai masalah kulit ini.  Dia memberitahu sakit kulit ni adalah sakit yang diwarisi dari ibu atau ayah. Ekzema, Athma dan Resdung. Seperti saya, saya dapat Ekzema dan resdung sebelah ayah, manakala adik beradik lain dapat Athma sebelah mama. Ada yang tak dapat langsung. Kuat betul antibodi adik saya ni. Doktor nasihatkan jaga makan dan ambil supplement.

Pernah masa saya belum kenal Shaklee , setiap tahun saya ambil Injection. Masa tuh memang tak tahu apa kesannya sehingga satu hari saya tergerak hati nak try Shaklee.

Berdasarkan pengalaman saya supplement memang sangat membantu untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi menjaga pemakanan pun sangat penting. Gaya hidup, cuaca, air dan pakaian yang dipakai pun merupakan faktor penyumbang.

Kita sendiri menjadi pemerhati kepada masalah kita. Agak-agak sesuatu tu menyumbang kepada masalah kulit, better stop. Contohnya kita gatal bila makan kambing, cuba elakkan.

Pengambilan vitamin B, Vitamin C, Alfafa dan Omega Guard membantu saya mengatasi masalah ini. Apa2 pun saya tetap terus mengkaji apa yang patut saya elakkan.

Kenapa? Sebab udara semakin kotor, air tidak bersih, makanan yang banyak perisa tambahan yang saban hari bertukar menyebabkan saya perlu berhati-hati dalam menjaga kulit. Bukan over nak jaga seperti ratu tetapi nak elakkan masalah lebih teruk. Kita kan nak hidup sihat.

Tuesday, 14 February 2017

Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium

Sejak dari kecil lagi saya adalah penggemar susu sehingga kini. Tak tahu lah, tapi memang macam wajib kena minum. Dah dewasa ni pun, still suka susu, tapi jarang jugak nak minum hari-hari.  Mungkin pilihan makanan dan minuman sekarang ni adalah terlalu banyak sampai tak sempat nak minum susu. Bukan tak minum langsung, tapi bukan hari-hari.

Menyedari banyak kepentingan kalsium kepada diri, saya mengambil inisiatif untuk menelan Ostematrix setiap hari. Almaklumlah nak jaga kesihatan tulang dan diet yang betul.

Kenapa Ostematrix ni penting? Dalam proses penghasilan darah oleh badan anda, kalsium merupakan komponen dalam darah. Jika kalsium yang diambil tidak mencukupi, badan kita akan mengambil kalsium dari tulang. Macam sikit, lama-lama tulang menjadi rapuh. Tak nak la macam itu tau.

Kebetulan Shaklee buat promosi Ostematrix bulan ni, dapat la anda beli secara jimat iaitu :-

Beli 2 diskaun 5%.
Beli 6 percuma 1.

Nak order hubungi saya di talian 0199399544.

Sunday, 12 February 2017

Kurus Dengan Set Shaklee

Penting ke supplement semasa berdiet? Bagi saya tersangat penting sebab ianya sangat membantu proses menurunkan berat. Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya tak penting tetapi terpulang kepada individu itu sendiri.
Dipendekkan cerita, apa-apa yang kita buat mestilah mengikut cara yang betul melalui Ilmu yang dipelajari agar tidak kecundang di tengah jalan.
Menariknya program diet saya ini adalah makan 6 kali sehari. Tak sempat nak lapar pun. Amazing! Berat turun. 6 kali tak bermakna makan nasi berpinggan-pinggan. Yang penting kita tahu kawal portion makan. Nak kurus kan? Mesti ada step. Satu lagi, pesan saya menu mestilah bertukar yea hari-hari. Ini kerana supaya anda tak bosan dengan diet anda.
Risau berat yoyo? Turun mendadak dan naik mendadak? Big no jika anda betul-betul ikut.
Fungsi Set Kurus Shaklee adalah membantu anda kurus secara lebih bertenaga dan turun kg dengan selamat dan berkesan. Yang penting, ikut aturan.
Kebaikan Set Kurus Shaklee saya cuba ringkaskan.
Cinch Shake dalam 3 perisa iaitu Coklat, Vanila dan Caffè Latte membantu untuk anda kenyang lebih lama dan mengekalkan otot semasa anda berdiet.
Cinch Tea memberi anda tenaga dan membakar kalori sebanyak 4kali ganda. Minum sebelum senaman membuatkan anda mengeluarkan peluh dengan lebih banyak.
Lecithin membantu menguraikan lemak.
Herblax membantu mencuci usus dan mengelakkan sembelit semasa anda berdiet.
Kebetulan pulak bulan ni Promo Lecithin, so, kita grab la banyak-banyak sebelum kehabisan stok.
Special untuk bakal customers semua, saya bagi tips-tips lain jika anda buat pembelian dengan saya.

PERJALANAN EAT CLEAN.

Cerita pasal kurus ni ramai yang bercita-cita nak kurus. Termasuk kaknaja sendirilah. Walaupun zaman dulu-dulu dah pernah merasa kurus, tapi zaman itu jugak la nak kurus. Macam-macam produk lah kaknaja try masa tuh. Sampai lah taknak cuba.  Makan dan terus makan. Hihihi.
Tak cukup dengan beli produk, masuk kelas aerobik dan gym pula. Balik kelas makan lagi sebab  mengira kalori yang terbakar semasa bersenam. Kira top up kalori. Eh, tapi baru dapat fakta 80%jaga pemakanan dan 20% senaman. Baru boleh kurus.  Part nak jaga makan tuh susah sikit sebab tak de Ilmu masa sangat masa tu. Istilah jaga makan masa tu adalah tidak makan. Macam mana nak hidup kalau tak makan. Tak pasal-pasal gastrik pulak.
Sehinggalah kaknaja terjumpa kelas eatclean secara online. Menarik, semuanya online. Resipi eatclean dan exercise yang betul.  Alhamdulillah berjaya turun 7kg dalam masa 21 hari pada kelas yang pertama. Macam tak caya pun ada lah. Walaupun penat tetapi berbaloi-baloi.
Nanti kita cerita details berkenaan perjalanan eat clean yang ditempuhi.

Friday, 10 February 2017

Ceritara Langkawi Part 2

Jom Layan Gambar

LANGKAWI 8/2016

Orang kata kalau nak melancong simpan duit banyak-banyak. Kemudian boleh la melancong ke mana-mana.  Bagi kaknaja sendiri nak tunggu cukup duit, lambat lah sikit nak melancong. Lain orang lain kot pendapat.

Sebenarnya cerita pergi Langkawi ni masa cuti merdeka tahun 2016. Hajatnya nak cerita dalam blog dah lama, tapi selalu tertangguh. Simpan dalam Blog untuk rujukan masa hadapan. Wah!

Saya pergi berdua jer dengan travelmate saya. Travelmate lain tak dapat join kali ni. Ok, tak pe2.Next visit.

Kami menaiki Malindo Air. Pengalaman pertama saya naik Malindo. Luas dan selesa. Selalunya saya naik En. Tony & MAS jer. Malindo baru nak try.  Oleh kerana flight awal pagi saya bertolak awal ke KLIA.  Sampai je Airport Langkawi, terus Kak Ina bagi kunci kereta sewa.

Bertuah laks rasa masa tu sebab kami request Viva jer. Sekali dapat Proton Iriz baru. Alhamdulillah.

Perkara pertama mesti cari tempat makan lah. Harga murah dan sedap. Tapi pedas sikit. Dah lama saya tak makan pedas. Lepas check in Hotel, apa lagi terus survey Coklat dan Corelle. Tengok kat mana murah. Almaklumlah kami memang tak pergi pulau atau cable car pun. Saja bercuti nak shopping. Lagi pun ni dah kali kedua saya jejak kaki ke Kampung Mahsuri.

Makanan yang menarik dan sedap adalah Laksa Ikan Sekoq dan Mee Goreng. Memang marvelous. Makan pulak tepi pantai, angin sepoi2.

Semua la best di Langkawi.

VIVIX IDAMAN RAMAI ORANG

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan selular dan pekongsian penyelidikan bertahun-tahun dengan Saintis terkemuka telah menghasilkan Vivix. Penemuan Saintifik yang hebat dari Shaklee.  Hanya Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular.

Vivix ni antara supplement idaman saya sewaktu awal-awal saya kenal Shaklee. Saya pun tak tahu sangat fungsi dan kelebihannya pada masa itu. Sehingga kan satu hari saya menghadiri seminar Shaklee dan saya lihat kulit mereka yang consume Vivix ni sangat cantik dan menggujakan. Seperti nak pegang jer kulit mereka ni. ☺

Selepas itu saya memberitahu seorang rakan saya nak beli VIVIX. Dia pesan buat tabung Vivix. Setelah hari2 disebut akhirnya dapatlah beli VIVIX ni. Kata2 kan merupakan doa.

Awal-awal saya consume memang untuk masalah resdung saya. Alhamdulillah, masalah resdung hilang. Yang buatkan saya lagi tartarik dengan Vivix ni sebab ianya membantu memberi tenaga di kala kita letih. Tonik tenaga lebih kurang macam tu. Kekadang ada jugak tubuh terasa penat tak bermaya. So, cepat2 saya telan Vivix.

Satu lagi oleh kerana Vivix ni Tonik Anti Inflamasi masalah kulit saya yang agak sensitif dapat diatasi. Alhamdulillah. 😍

Nak cuba Vivix?  Boleh call saya di talian 0199399544.

Bulan ni special tau sebab Beli 2 Botol Vivix dapat  1 biji mug Shaklee.

Wednesday, 8 February 2017

Pencinta Omega Guard

Sejak zaman kanak-kanak lagi ramai di kalangan kita didedahkan dengan Vitamin C dan Minyak Ikan. Kiranya supplement wajib oleh ibu bapa untuk anak-anak yang bersekolah. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk anak sihat dan Sistem Imun menjadi kuat. Almaklumlah lah di sekolah itu sendiri anak-anak bergaul dengan kawan-kawan serta persekitaran cuaca mengikut musim.

Bila dewasa pula, kita sendiri sudah terlatih dari kecil lagi untuk menguatkan Sistem Imun badan. Selain vitamin C, saya memilih untuk ambil Omega Guard Shaklee a. k. a.  Minyak Ikan.  Dulu-dulu saya sendiri tak makan Omega Guard kerana fikir saya Omega Guard ni sama je dengan minyak ikan lain. Ternyata tanggapan saya silap.

Kesan ke atas saya sendiri bila ambil Omega Guard ni adalah sangat banyak antaranya cergas dan kurang mengantuk. Paling penting jarang terkena demam, batuk dan Selsema. Masalah kulit pun dah kurang.

Fungsi Omega Guard itu sendiri adalah menyihatkan jantung dan melancarkan aliran darah. Bila darah lancar, sistem badan dapat berfungsi dengan baik.

Kandungan EPA dan DHA pula dapat memastikan sistem Imun kita menjadi kuat.

Oppss, satu lagi masalah sakit badan dan sakit lutut pun dah tiada.

Satu lagi pesanan penaja, konsisten kan diri ambil supplement supaya badan sihat di masa hadapan.

Hubungi saya untuk order :0199399544