Orang kata kalau nak melancong simpan duit banyak-banyak. Kemudian boleh la melancong ke mana-mana. Bagi kaknaja sendiri nak tunggu cukup duit, lambat lah sikit nak melancong. Lain orang lain kot pendapat.
Sebenarnya cerita pergi Langkawi ni masa cuti merdeka tahun 2016. Hajatnya nak cerita dalam blog dah lama, tapi selalu tertangguh. Simpan dalam Blog untuk rujukan masa hadapan. Wah!
Saya pergi berdua jer dengan travelmate saya. Travelmate lain tak dapat join kali ni. Ok, tak pe2.Next visit.
Kami menaiki Malindo Air. Pengalaman pertama saya naik Malindo. Luas dan selesa. Selalunya saya naik En. Tony & MAS jer. Malindo baru nak try. Oleh kerana flight awal pagi saya bertolak awal ke KLIA. Sampai je Airport Langkawi, terus Kak Ina bagi kunci kereta sewa.
Bertuah laks rasa masa tu sebab kami request Viva jer. Sekali dapat Proton Iriz baru. Alhamdulillah.
Perkara pertama mesti cari tempat makan lah. Harga murah dan sedap. Tapi pedas sikit. Dah lama saya tak makan pedas. Lepas check in Hotel, apa lagi terus survey Coklat dan Corelle. Tengok kat mana murah. Almaklumlah kami memang tak pergi pulau atau cable car pun. Saja bercuti nak shopping. Lagi pun ni dah kali kedua saya jejak kaki ke Kampung Mahsuri.
Makanan yang menarik dan sedap adalah Laksa Ikan Sekoq dan Mee Goreng. Memang marvelous. Makan pulak tepi pantai, angin sepoi2.
Semua la best di Langkawi.
No comments:
Post a Comment