Wednesday, 8 November 2017

ILMU YANG ADA TAK SEMUDAH PELAKSANAAN YANG DILAKUKAN DIRI SENDIRI

Tajuk petang-petang ni bukan main panjang. Saya terasa ingin berkongsi mengenai satu posting yang agak menarik di FB semalam oleh seorang penulis ebook mengenai cara diet. Memang agak selalu jugak la saya follow tips yang diberikan.

Baru-baru ini beliau ada keluarkan satu ebook mengenai cara beliau berdiet. Dan ada satu response dari seorang dietitian cakap macam ni "Semua yang awak tulis ni saya tahu, saya belajar iaitu mengenai ilmu pemakanan untuk menurunkan berat badan. Yess, tersangat betul la sebab bila nak turun berat badan orang yang perlu kita refer semestinya dietitian sebab nak diet cara betul tanpa kehilangan nutrisi badan ataupun terlebih ambil karbohidrat, protein dan lain-lain. Nak cerita pasal diet ni panjang jugak. Tapi.. Dietitian tu cakap "walaupun saya tahu semua ilmu tetapi saya sendiri pun tak boleh follow." 

Saya tertarik dengan pengakuan sebegini, bukan tertarik sebab dia tak boleh follow. Bermaksud walaupun kita ada ilmu yang macam-macam tak semestinya kita mampu follow semua. Dengan kekuatan diri dan pelaksanaan yang tersangat nekad Insha Allah kita boleh amalkan ilmu yang ada.

Contohnya berdiet itu sendiri selain mengetahui makanan yang boleh dimakan dan yang perlu dikurangkan kita juga hendaklah membuat persiapan awal iaitu membeli bahan-bahan mentah, membuat Mealprep, membawa ke ofis, menghadapi makanan di kedai sekiranya tidak bawak bekal, menghadapi jamuan dan lain-lain ancaman. 

Saya sendiri melalui fasa penurunan yang sangat laju, tiada penurunan, cheat terlalu lama dan kekuatan untuk memulakan kembali adalah fasa paling sukar. Tak semudah sepatah perkataan. 

Apa-apa pun hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri kita bukannya orang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment