Monday, 29 December 2014

SEMOGA KEADAAN KEMBALI PULIH

Banjir 2014 di Kelantan sangat-sangat mengejutkan saya kerana selama 30 tahun bernafas di bumi ini..belum pernah saya mengalami banjir yang agak luar biasa sebegini.  Detik-detik cemas dan sedih dialami sangat dirasai.  Banjir di Kelantan bermula dengan daerah Gua Musang, Kuala Krai dan seterusnya ke Kota Bharu.  Sebelum tuh mmg dah tgk gmbr2 yang dipost di fb mengenai banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dan seterusnya di Kota Bharu.

Memang dah dgr ramai yang bercakap rumah yang x pernah naik air pun dah naik.. Saya fikir ini luar biasa.  Air pun dah nk smpi berhampiran rumah.  Terus packing barang dalam keadaan gundah-gulana dan kelam kabut.  For the 1st time mmg xterkata.  Dalam hati diriku x henti2 berdoa kepada Allah dan menangis mengenangkan nasib diri dan rakyat kelantan. Bekalan elektrik terputus seketika, kemudian disambung kembali.  Manakala bekalan air mmg out terus.  Nasib la rumah jiran guna air telaga.  Menumpang seketika sambil pack2 barang2 jiran.  Alhamdulillah rumah x kena banjir tapi still stanby.  


Bekalan makanan,petrol dan air bersih mmg putus.  Nasib dan beli air dan lauk spare. Pengajaran yang sy dapat dari pengalaman banjir ini adalah semua yang kite punya bukan milik kita. Semua milik Allah..Allah nk tarik sekelip mata jer.
Hari ini sy dah kembali bekerja setelah jalan kembali surut dan Bos melancarkan Misi Sukarelawan kepada kakitangan yg terlibat dengan banjir.

Semoga hari2 mendatang menambahkan lagi ketakwaaan kita semua kepada Allah S.W.T.

 

No comments:

Post a Comment