Sunday 18 June 2017

DTX COMPLEX SHAKLEE

Pepagi ni terasa macam lama pulak tak cerita pasal Shaklee. Sebenarnya dah lama nak cerita pasal DTX Complex ni yang merupakan salah satu vitamin Shaklee juga untuk tujuan detox hati. Sebenarnya vitamin ni tersangat jarang orang ambil sebab ianya terlalu mencuci. Eh, macam mana ye terlalu mencuci? Kira macam buang toksin dalam badan macam tuh lebih kurang.

Kaknaja pun terpanggil jugak lah untuk mencuba DTX Complex ni. Bila telan terus demam. Macam kaknaja ni memang dari kecik lagi resdung atau dalam loghat Kelate orang panggil seduan. Kerjanya adalah menjadi tabiat mesti nak sapu hidung terasa miang, sebenarnya tak de apa pun tapi rasa macam tuh, macam-macam lah bila resdung ni.

Nak dijadikan cerita, memang dekat seminggu kot selsema, keluar lah mukus-mukus yang tak diingini. Nak tau? Hingus2 pulak yang jenis pekat2 g2, mencabar betul, tapi kaknaja tak berenti menelan DTX Complex ni sebab rasa keseronokan pulak keluarkan toksin walaupun tak berapa nak selesa sangat. Lepas seminggu terus hidung clear dan dapat bernafas seperti biasa. Dah tak de masalah gatal muka dan hidung. Ni just cerita pengalaman jer.

Yang penting sabar dalam menelan supplement. Sebenarnya bila resdung ni memang tak selesa, makan terbatas, nak bermain dengan habuk tak boleh dan macam-macam lagi. Diiringi laks kita sendiri belum tentu lagi sedut udara segar. Udara laks memang kotor kecuali lah rumah dan tempat kerja kita berada di Royal Belum(hutan dara).Ye tak?

Ada yang nak cuba DTX Complex. Meh bisik-bisik ngan kaknaja senang kaknaja nak cerita berdasarkan masalah yang dialami oleh diri masing. Kuncinya sabar dan konsisten.

Thursday 8 June 2017

DEMI SESUAP NASI

Macam sedey jer tajuk. Saje bagi gempak sikit. Sebenarnya macam ni, kekadang dalam kehidupan kita seharian, kita lupa bersyukur. Sebagai contoh, kita stress dengan kerja tetapi kita tak terfikir pun ada orang sedang bersusah payah mencari kerja. Pagi ni kaknaja nak share kisah demi sesuap nasi.

Selalunya kaknaja jarang beratur di Pejabat Pos, kerana banyak barang dipos guna Gdex. Just klik on9.Lagipun kaknaja dah beli sampul prepaid banyak2,isi siap2,sampai pejabat pos terus letak di kaunter jer. No beratur2 ni. Semalam sebab sampul prepaid habis kat tempat biasa, maka menapaklah daku ke pejabat pos lain. Menguji kesabaran jugak bila tunggu turn ni. No dah dekat, tapi urusan individu laks lambat. Biasa lah. Apa yang menarik perhatiannya kaknaja tengok posmen ni masih mampu tersenyum sambil memasukkan parcel ke dalam guni. Angkat laks masuk lori, mencabar betul, tapi still boleh senyum. Dalam hati masa tu rasa bersyukur sangat dapat kerja ofis beraircond lagi. Memang puji lah sikap dia, tunggu parcel then masukkan dalam guni. Masa dalam pejabat pos jugak lah, kaknaja tengok boleh bayar roadtax kereta. Rupanya, ku lupa nak tampal roadtax baru kat kereta. Nasib x kena saman. Tak habis kat situ kaknaja tengok, harga sampul dah naik wei! Apa la ku charge customers harga lama. Banyak betul pengajaran ku dapat di Pejabat Pos.

Ni pulak kisah lain, pasal caterer, satu hari tuh ada majlis makan di Ofis, datang lah caterer hantar makanan, hidang semua, dia tunggu bawah wakaf semua orang ambil makanan. Dah selesai, dia pun ambil lah makanan nak makan, dia cakap belum makan lagi, dia lapar, dah la lewat tengahari dah, tapi masa dia tunggu tuh kaknaja tengok dia masih mampu tersenyum wei. Dalam hati ku, tabahnya seorang peniaga ni. ☺

Kekadang bila kita rasa kita ada masalah /cabaran besar, rupanya orang lain lagi lah banyak cabaran kehidupan. Apa - apa pun kita kena bersyukur dengan kehidupan kita. Ramai lagi manusia kurang bernasib baik.

Sekian, coretan Jumaat.