Macam sedey jer tajuk. Saje bagi gempak sikit. Sebenarnya macam ni, kekadang dalam kehidupan kita seharian, kita lupa bersyukur. Sebagai contoh, kita stress dengan kerja tetapi kita tak terfikir pun ada orang sedang bersusah payah mencari kerja. Pagi ni kaknaja nak share kisah demi sesuap nasi.
Selalunya kaknaja jarang beratur di Pejabat Pos, kerana banyak barang dipos guna Gdex. Just klik on9.Lagipun kaknaja dah beli sampul prepaid banyak2,isi siap2,sampai pejabat pos terus letak di kaunter jer. No beratur2 ni. Semalam sebab sampul prepaid habis kat tempat biasa, maka menapaklah daku ke pejabat pos lain. Menguji kesabaran jugak bila tunggu turn ni. No dah dekat, tapi urusan individu laks lambat. Biasa lah. Apa yang menarik perhatiannya kaknaja tengok posmen ni masih mampu tersenyum sambil memasukkan parcel ke dalam guni. Angkat laks masuk lori, mencabar betul, tapi still boleh senyum. Dalam hati masa tu rasa bersyukur sangat dapat kerja ofis beraircond lagi. Memang puji lah sikap dia, tunggu parcel then masukkan dalam guni. Masa dalam pejabat pos jugak lah, kaknaja tengok boleh bayar roadtax kereta. Rupanya, ku lupa nak tampal roadtax baru kat kereta. Nasib x kena saman. Tak habis kat situ kaknaja tengok, harga sampul dah naik wei! Apa la ku charge customers harga lama. Banyak betul pengajaran ku dapat di Pejabat Pos.
Ni pulak kisah lain, pasal caterer, satu hari tuh ada majlis makan di Ofis, datang lah caterer hantar makanan, hidang semua, dia tunggu bawah wakaf semua orang ambil makanan. Dah selesai, dia pun ambil lah makanan nak makan, dia cakap belum makan lagi, dia lapar, dah la lewat tengahari dah, tapi masa dia tunggu tuh kaknaja tengok dia masih mampu tersenyum wei. Dalam hati ku, tabahnya seorang peniaga ni. ☺
Kekadang bila kita rasa kita ada masalah /cabaran besar, rupanya orang lain lagi lah banyak cabaran kehidupan. Apa - apa pun kita kena bersyukur dengan kehidupan kita. Ramai lagi manusia kurang bernasib baik.
Sekian, coretan Jumaat.
No comments:
Post a Comment