Tuesday 30 May 2017

TENTANG SEDEKAH.

*TENTANG SEDEKAH*

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang ikut  dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah obat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang menyedihkan dan hina, kebakaran dan tenggalam atau lemas diair.

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah.

Thursday 25 May 2017

DETOX SHAKLEE WAY

Lamanya rasa kaknaja menyepi. Bukan menyepi ada jer. Sebenarnya banyak nak cerita tapi hari ni kita cerita pasal Detox Shaklee Way.

Baru-baru ni kaknaja berkesempatan lah nak buat Detox cara Shaklee. Punyalah setahun fikir nak buat ke tak tapi akhirnya ku buat juga. Cabar diri untuk buat.

First mestilah beli sayur hijau. Bukanlah jadi kambing tapi 3 hari kena makan sayur dan buah. Jadi ala2 lah. Tips nak shopping sayur jangan beli banyak, beli yang segar, kat Kelantan ni sayur kat tesco more fresh. Ok la. Satu lagi pasti kan sayur korang boleh telan dgn tenang, bukan yang macam ni "tolonglah bila sayur ni nak habis.

Mula2 memang ada fenin sikit, tapi tak de la teruk, ok jer, hari kedua pun ok, dan hari ke 3 terus rasa ringan je badan. Kaknaja x la strictly sangat sebab ramai buat jamuan masa tuh(dugaan) dan kena travel(alasan ok kan?) hihihi.

Dan lama2 terasa seronok pulak meratah sayur dan xde perasaan lapar. Dalam main2 tuh turun jugak 2kg.

Kesannya badan rasa ringan, tak cepat lapar, x de la nak makan merapu2. Bestnya detox ni bila dia cuci badan ibarat baju.

Selitan sikit, sebenarnya dah 3 kali kaknaja makan DTX COMPLEX jadi demam, mungkin la hati kaknaja ni banyak toksin nak cuci. Dan kaknaja mengalami Selsema seminggu, best ke tak? Nak cerita memang best Selsema ni sebab ianya ibarat cuci hidung, keluar segala kotoran. Almaklumlah resdung, paling tak boleh lupa hingus yang keluar dekat nak habis cam dah keras. Patut la sumbat hidung.

Eh, nak tak Detox Shaklee Way ni? Best tau. Nanti kaknaja bagi tips.
😘

Thursday 11 May 2017

TAZKIRAH HARI JUMAAT

Tazkirah Jumaat

Just sharing ..         
          ''Oh , sebenarnya saya mahu share sesuatu daripada lecturer yang saya hormati .
Dalam kelas tadi , ada seorang sahabat bertanya , "Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar??" .
Jawapan doktor sangat menarik bagi saya .. Katanya , "Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar , akhlaknya bagus , pengurusan dirinya tersusun , hubungan dengan Allah terjaga , maka saya akan kahwinkan dia terus .. Lebih² lagi kalau satu kelas atau satu universiti .. Tapi , kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu , hidupnya dengan TV memanjang , akhlaknya entah ke mana , solatnya di hujung waktu , sudah tentu saya tak bagi"..
"Why?" .. Soal saya dalam hati .. Kemudian hati saya menjawab kembali , "Yela , maybe tak bersedia lagi la tu" .. Tapi ternyata jawapan doktor cukup berbeza ..
Katanya , "Kalau anak perempuan saya tu akhlak tak jaga , bangun tidur pun lewat dan saya pulak bagi dia kahwin , then what do you expect from her husband? A very good husband ke? Sedangkan janji Allah adalah lelaki yang BAIK adalah untuk perempuan yang BAIK .. Anak perempuan saya belum cukup baik , jadi saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik" ..
Jawapan yang ringkas , tapi amat bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri .. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan .
Antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami which is , "Lepas ni bila you all kahwin , ada isteri atau suami , then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit , benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT ..
Sebab ape??
Sebab dosa kita , boleh jadi asbab isteri atau suami atau anak kita jadi nakal , tak dengar cakap orang dan sebagainya" .. REFLECTING .. That is the concept .. So , sebelum kita nak tuduh orang lain salah , better kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana .. Fuhhhhh !! Memang TERBAIK tips doktor !!! 
          Share dan sebarkanlah agar ibu bapa dan rakan² anda membacanya !!! Tak salah kalau kita bermuhasabah untuk jadi much better kan 😉   Wallahua'lam ..

#worthreading
Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.
👍  👍  👍  👍 
Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.
👍  👍  👍  👍 
Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)
👍  👍  👍  👍 
Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.
👍  👍  👍  👍 
Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.
👍  👍  👍  👍 
3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)
👍  👍  👍  👍 
Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. '' ..

#copy dri group sebelah
#Al Iffa Tasleema

5 PUNCA DIET TAPI BERAT TAK TURUN


Hari ni kaknaja nak share 5 PUNCA DIET TAPI BERAT TAK TURUN, ada yang hadapi masalah ni meh tengok kot2 ada yang kena ke. Ni kaknaja share dari rakan FB Aimi Syahirah.

Meh baca apa yang dia tulis.

Yang  no 2 tu mesti ramai buat dan no 5 tu mesti ramai tak tahu.
.

1. Sekat nafsu makan @ kurang makan
- Kita boleh sekat nafsu makan, kurang makan dan tahan lapar. Tapi badan kita naturally akan lawan balik dengan perlahankan metabolism.

.
2. Makan sikit tapi exercise terlebih
- Ramai orang nak turun berat cepat dan sangka lagi kuat exercise bakar kalori, lagi cepat berat turun.

Tapi jika calorie intake rendah dari keperluan, badan kita akan perlahankan metabolism.

.
3. Amalkan low-fat diet
- Kita kaitkan lemak dengan gemuk tapi penyumbang utama kegemukan adalah sugar@carbohydrate.

Lemak penting untuk tolong kita rasa kenyang, naikkan metabolisme. Tapi mesti ambil lemak sihat.

.
4. Tak ada plan diet
- Untuk berjaya dengan misikurus, kena cipta keadaan yang support dan memudahkan misikurus.

Contohnya bina meal plan lengkap untuk seminggu, beli bahan-bahan makanan yang sesuai.

.
5. Yo-yo extreme diet
- Kerap buat diet yang extreme seperti zero carb diet, cabbage diet atau diet yang terlalu low calorie. Yo-yo bila kejap buat kejap stop.

Orang yang buat diet extreme akan turun berat cepat tapi sementara je. Dan sistem metabolisme badan rosak dengan yo-yo diet.

.

Nak kurus dengan sihat ada 2 faktor utama je. Makan ikut keperluan kalori badan dengan pemakanan seimbang ada Karbohidrat, Protein, Lemak sihat dan Fiber. Ingat #pinggansihat.

Tuesday 9 May 2017

PERIOD TIDAK TERATUR DAN HORMON.

Malam ni nak cerita kisah wanita, bukan kisah lelaki. Kisah lelaki lain hari ya. Kisah wanita ni adalah tersangat macam-macam.  Sepertinya setiap hari ada je kisah wanita yang kita dengar.

Antara kisah yang agak glamor, adalah haid tidak teratur. Macam2 istilah digunakan period tingtong, period tak betul dan sebagainya.

Bila jumpa doktor selalunya ia dikaitkan dengan hormon dan obesiti dan faktor2 lain seperti cyst, fibroid.

Kaknaja bukanlah orang yang pakar untuk membicarakan mengenai hormon. Cerita hormon pula macam-macam, ada hormon gembira bernama endorphin, hormon sedih dan lain-lain. Hormon adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti mana kita melihat kudis atau luka. Tetapi kecelaruan hormon boleh menyebabkan kulit kusam, tua sebelum usia dan period tidak teratur.

Kekadang kita sendiri tidak tau hormon kita ni OK ke tak.  Masalah period yang tidak teratur ini adalah seperti period berpanjangan atau tidak datang langsung. Fuh, lagi celaru kiranya nak fikir period yang tak betul.

Kepada kaum perempuan, rajin lah kiranya menanda cycle period, bilangan hari dan masalah yang berkaitan. Di sini sekiranya darah keluar lebih 15 hari, anda wajib mandi wajib dan sembahyang. Darah hari ke 16 adalah darah penyakit atau darah istihadah. Tambah-tambah nak dekat puasa ni lagi pening nak kira, nak puasa ke tidak. Meh kaknaja share sikit, jika period berpanjangan, ambil kelendar dan tanda 15 hari period dan 15 hari suci. Faham? Kira 15 hari adalah tidak boleh puasa, 15 hari lagi suci walaupun masih ada darah yang dinamakan istihadah. Yang ni kaknaja rujuk doktor yea. Ustazah pun boleh bagi konklusi untuk masalah ini. Eh, terpanjang laks.

Vitamin Shaklee ada untuk membantu anda iaitu GLA COMPLEX. Kaknaja pernah jumpa doktor dan doktor rekemen supplement untuk mengatasi masalah kecelaruan hormon dan period tidak teratur, sengugut dan lain-lain.

Anda ada masalah ini?

Contact je Kaknaja.

0199399544

Monday 8 May 2017

27 TANDA-TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Aamiin.

*Allah seram betul banyak yang kita buat dalam tak sedar.

Sunday 7 May 2017

DETOX CARA SHAKLEE

Pernah detox tak? Belum pernah? Jom kita baca apa itu DETOX.

Apakah DETOX? Ramai yang selalu sebut kan.. tapi tahukah apa maksudnya? 😂😂

Sebenarnya hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh,najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.

Dari mana datang TOKSIN?
💥 udara
💥 makanan/minuman
💥 ubatan
💥 radiasi
💥 makanan tidak hadam
💥 dehidrasi dan maknutrisi

Tanda anda perlu DETOX
✅ masalah penghadaman
✅ sembelit
✅ sakit kepala
✅ penuaan pra-matang
✅ letih
✅ berat badan berlebihan
✅ insomnia

DETOX DENGAN PRODUK SHAKLEE

1. DTX COMPLEX - DTX Complex bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta membantu menyingkirkan racun serta bahan toksin yang berkumpul didalam hati. DTX menggalakkan fungsi hati yang sihat.

2. HERB LAX - HERB LAX sangat efektif didalam membantu pembersihan najis yang tersekat serta membantu mengatasi masalah sembelit.

3. PEPPERMINT GINGER PLUS - Peppermint Ginger membantu melegakan ketidakselesaan perut,membuang angin,membantu penghadaman serta mencuci usus.

4. ALFAFA COMPLEX - ALFAFA Complex sumber makanan yang sangat beralkali dan bertindak meneutralkan darah yang berasid.

5. VIVIX - VIVIX membantu meningkatkan tahap didalam sel badan dan melancarkan peredaran darah.

Detox penting bagi memastikan kadar penyerapan vitamin dan nutrien daripada pemakanan seharian kita adalah 100% berkesan. Detox bukan sahaja sistem pelawasan,usus dan untuk kurus sahaja. Detox darah dan hati pun penting. Barulah lebih sihat dan bertenaga.


Saturday 6 May 2017

TIPS MEMULAKAN DIET

Cakap pasal diet ni, ramai yang teruja termasuklah kaknaja sendiri. Ramai yang berimpian tapi nak memulakan dan berhenti separuh jalan pun ada.

Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang buat biar sampai jadi.

AIR MANIS:-

Kalau mula2 nak start diet, mulakan dengan meninggalkan air manis terlebih dahulu, kalau dulu hari2,kurangkan seminggu sekali atau minum setengah cawan jer sekali sehari.

MAKAN NASI:-

Lupa bagitahu kaknaja pilih #dietmakannasi tau, makan nasi pula boleh kurangkan sedikit demi sedikit yea. Nak lebih afdal ambil sebesar penumbuk masing-masing, lauk ayam atau ikan seketul dan sayur yang banyak. Makan sayur banyak boleh cepat kenyang tau. Guna konsep #sukusukuseparuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur.

PILIHAN LAUK:-

Sekiranya masak sendiri boleh diadjust lauk bakar, kari, singgang @tomyam dengan menyukat kadar gula dan garam dan minyak, tapi jika di kedai, ada tips ya.
Mula2 sekali pusing tempat lauk, tengok lauk yang sesuai dan baru mula mengambil nasi dan lauk. Pertama ambil lauk bakar, kalau tak de amik kari, sup tapi kuah cukup sekadar 2-3 sudu ambil rasa. Last sekali dah tak de pilihan sangat baru ambil yang goreng. Goreng ni tak digalakkan sebab minyak banyak, tapi memang sedap. Nak sedap ke sihat? Jangan lah tak makan langsung tau, sebab bila tak makan perut lapar dan korang akan makan berganda-ganda lagi teruk.

WAKTU MAKAN :-

Waktu makan terbahagi kepada 6 kali sehari tau. Menarik bukan? Breakfast, Lunch dan Dinner, beserta 3 waktu snek.
Breakfast mesti tidak kurang 2 jam dari bangun tidur. Kalori nanti kita bagi next entry yea. Waktu pagi dan thari, mesti ada karbohidrat, protein dan fiber. Snek pula boleh pilih, buah, susu, biskut, green tea dalam kadar DIBENARKAN. Waktu malam boleh je nak ambil karbohidrat tapi kurangkan, seeloknya ambil protein dan fiber sudah kenyang.

SNEK :-

Penting ke snek ni?  Snek ni ambil boleh, tak nak ambil pun boleh, tujuan diambil adalah untuk mengelakkan anda lapar di waktu makan utama, lunch dan dinner. Tak nak metabolisme menurunkan. Biasalah bila perut terlampau lapar anda akan makan banyak.

MINUM AIR:-

Air ni seperti biasa konsep nya adalah 25kg berat=1 liter air. Ni kira sendiri ek. Satu lagi tips nak tahu cukup tak air, boleh tengok urin jernih ke tidak. Kalau jernih cukup air. Ada satu lagi tips untuk cepat kenyang, minum air dulu sebelum makan nasi. Baru cepat kenyang.  Satu lagi tengah-tengah diet kan, tetiba terasa lapar kan, cuba minum air dulu,sebab kekadang kita tak boleh beza badan lapar atau dahaga, kalau minum air x kenyang jugak, cuba bayangkan biawak bakar ada depan mata nak makan tak, kalau rasa nak makan jugak bermakna anda betul-betul lapar. So, boleh makan.

CHEAT DAY:-

Cheat day ni seminggu sekali jer. Bukan cheat day, cheat meal jer tau. Diet ni tak boleh makan suka hati tau. Tapi kan, sekiranya teringin kek, kfc boleh je makan, ambik rasa orang kata. Tak de lah kempunan.

TIPS TIMBANG:-

Jangan timbang hari-hari tau. Timbang seminggu sekali je. Waktu yang sesuai adalah di waktu pagi selepas membuang air besar. Tips lagi, malam sebelum timbang elakkan karbohidrat yea dikhuatiri badan simpan air dan berat bertambah.

SUPPLEMENT :-

Penting ke? Mesti penting untuk menampung nutrisi yang kurang. Lagi pun bila ambil supplement proses penurunan berat badan lagi cepat sebab ada pembantu.

Panjangnya cerita diet ni. Nanti kalau ada masa kita sambung lah cerita baca label, makanan yang sesuai dan lain - lain berkaitan.

Friday 5 May 2017

PROMOSI SHAKLEE BULAN MEI 2017

Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat kaknaja nak share Aktiviti dan Promosi untuk Bulan Mei 2017 ni. Walaupun dah takde Promosi Beli 6 percuma 1,sekarang ni Promosi beli set2 tertentu akan dapat beli blender, bekas makanan dan lain-lain.

Jom tengok gambar. Tak faham boleh roger kaknaja yea.

0199399544

Thursday 4 May 2017

KESIHATAN YANG HARUS DIHARGAI

Bila kita sakit, pastinya kita inginkan cepat sembuh. Yea, betul, kaknaja pun sama. Semenjak dua menjak ni kaknaja addicted betul dengan air kelapa. Al maklumlah kawasan ofis akak tepi pantai. Nak beli sebelah pagi pun boleh, tengahari dan petang pun boleh.

Dipendekkan cerita dah lama tak sakit, kaknaja telah meminum air lemon, nenas dan epal masa perut kosong, minum sikit jer, perghh, sakit nya dah tahap berpeluh tak boleh nak cakap. Ore Kelate Kate perut jadi glulung. Search sendiri ya. Sapu minyak lega sikit, then datang balik lepas minum air kelapa. Kawan kaknaja cakap minum air kelapa ni boleh sakit urat. Fuh, ingatkan menyembuhkan. Dah tau punca, terus stop minum, huhuhu.

Tadi kawan tanya tak nak beli ke air kelapa? Oh no!! Haha. Dia cakap takut jugak ek, mestilah takut sebab sakit teramat wei gastrik ni. Tapi kan orang jual air kelapa tuh cakap kalau makan ubat memang akan tawar ubat, satu lagi orang yang ambil ubat terlalu banyak pun kena minum air kelapa jugak, buang toksin.


Bila dah sakit macam tuh, baru terasa indah nya kesihatan.  Meh nak share tips asas mudah tentang menjaga kesihatan. 

😍

Kekadang ramai yang suka samakan kehidupan lampau dan kini. Contohnya zaman nenek dan mak aku ok jer. Tak de pun bla.. bla. Yea, betul. Senang cerita, masa tu air masih bersih, ayam belum suntik, udara masih segar, sayur tanam sendiri. Memang la sihat. Berbanding sekarang dah banyak tercemar kita sendiri kena double triple jaga lah kesihatan.

Nak sihat kuncinya jaga makan, senaman, supplement dan tambahan mesti berurut.

Jaga Makan:-

Makan Ikut waktu, kurangkan karbohidrat lebihkan sayur dan fiber. Kurangkan fast food, makanan yang diawet, tinggi gula dan lain-lain.

Senaman :-

Sekurang2nya 3 kali seminggu. Tak de masa? Boleh tengok YouTube dan buat kat rumah je. Ambil masa setengah jam ke sejam. Ada yang cakap saya dah buat kerja rumah, berpeluh sampai ke lantai. Ahaks. Senaman juga. Ok, meh nak bagitau, senaman ni beza dia bila kita workout, kita dah tak boleh cakap dengan orang, tercungap2.Yang tuh baru burn kalori.

Supplement :

Semestinya Shaklee. Semulajadi, selamat dan berkesan. Supplement ni menampung nutrisi badan yang kurang, zaman serba sibuk ni, tahulah mana sempat nak penuhi Nutrisi yang badan kita perlukan bagi sihat.

Mengurut/Masage:-

Wajib sebulan sekali untuk betulkan urat dan memastikan perjalanan darah lancar.

Tips:- Jumpa orang sakit jangan bebel tau! Kang tambah stress dan tambah sakit.

Tuesday 2 May 2017

GARLIC COMPLEX, BISUL & BATUK

Garlic Complex a. k. a tablet bawang putih ni antara vitamin yang jarang mendapat perhatian. Wah! Tapi jangan tak tahu tau, Vitamin ni adalah antara senarai vitamin termurah tapi terdapat banyak fungsi.

Nak dijadikan cerita, bila sebut je Garlic terasa sangat tidak penting, tapi bila saya hadir Bengkel Nutrisi yang diconduct oleh Pakar Nutrisi iaitu Puan Celine dia bagitahu best tau Garlic ni sebab kebanyakkan orang Korea akan melebihkan bawang putih dalam masakan. Kulit mereka kelihatan cantik blushing dan mereka jarang dijangkiti selsema walaupun negara mereka negara sejuk. Terus la I alls teruja u alls.

Itu je ke fungsi, oh no, bagi mereka yang terkena bisul ni adalah salah satu antibiotik semulajadi. Nak tau lagi, ianya boleh menyembuhkan bisul. Sakit wei bisul ni. 😲

Last sekali Garlic ni juga berfungsi melegakan batuk. Saya mendapat petua ini dari seorang kawan suruh telan bawang putih, tapi fahamlah rasa nya macam mana. Telan Garlic, then setel. Banyak lagi fungsi Garlic ni tau.
😉

CERITA GASTRIK

Bila disebut gastrik ianya terdengar biasa dan tiada efek. Gastrik je pun. Tambah-tambah dengar kawan ambil MC untuk gastrik ni.

Tetapi nak bagitahu gastrik ni, fuh, sakit teramat sangat bila dah kena. Kekadang hairan berbaur cemburu bila teman sekeliling tak de sakit gastrik.

Bila dah kena ni tak tau nak cakap macam mana, kekadang nak jalan pun sakit gara-gara sakit yang amat. Ibarat nya ada pisau yang sedang cucuk perut. Fuh, berpeluh wei.

Nasihat doktor, makan mesti on time, kurang pedas dan masam untuk pesakit gastrik.

Jangan risau, Shaklee ada jual produk untuk masalah gastrik tau! Terdiri dari ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Peppermint ni ibarat teman baik bila kena gastrik. Gastrik ni lebih kepada asid dalam perut. Tajamnya asid tersebut sehingga pisau gillette pun boleh putus.

So, untuk membuang angin dan mengalkalikan kembali perut anda yang berasid jangan lupa telan ESP dan Ostematrix.

Nak order? Boleh contact kaknaja nanti kaknaja intebiu sor2.😉

Naja - 0199399544