Bila kita sakit, pastinya kita inginkan cepat sembuh. Yea, betul, kaknaja pun sama. Semenjak dua menjak ni kaknaja addicted betul dengan air kelapa. Al maklumlah kawasan ofis akak tepi pantai. Nak beli sebelah pagi pun boleh, tengahari dan petang pun boleh.
Dipendekkan cerita dah lama tak sakit, kaknaja telah meminum air lemon, nenas dan epal masa perut kosong, minum sikit jer, perghh, sakit nya dah tahap berpeluh tak boleh nak cakap. Ore Kelate Kate perut jadi glulung. Search sendiri ya. Sapu minyak lega sikit, then datang balik lepas minum air kelapa. Kawan kaknaja cakap minum air kelapa ni boleh sakit urat. Fuh, ingatkan menyembuhkan. Dah tau punca, terus stop minum, huhuhu.
Tadi kawan tanya tak nak beli ke air kelapa? Oh no!! Haha. Dia cakap takut jugak ek, mestilah takut sebab sakit teramat wei gastrik ni. Tapi kan orang jual air kelapa tuh cakap kalau makan ubat memang akan tawar ubat, satu lagi orang yang ambil ubat terlalu banyak pun kena minum air kelapa jugak, buang toksin.
Bila dah sakit macam tuh, baru terasa indah nya kesihatan. Meh nak share tips asas mudah tentang menjaga kesihatan.
😍
Kekadang ramai yang suka samakan kehidupan lampau dan kini. Contohnya zaman nenek dan mak aku ok jer. Tak de pun bla.. bla. Yea, betul. Senang cerita, masa tu air masih bersih, ayam belum suntik, udara masih segar, sayur tanam sendiri. Memang la sihat. Berbanding sekarang dah banyak tercemar kita sendiri kena double triple jaga lah kesihatan.
Nak sihat kuncinya jaga makan, senaman, supplement dan tambahan mesti berurut.
Jaga Makan:-
Makan Ikut waktu, kurangkan karbohidrat lebihkan sayur dan fiber. Kurangkan fast food, makanan yang diawet, tinggi gula dan lain-lain.
Senaman :-
Sekurang2nya 3 kali seminggu. Tak de masa? Boleh tengok YouTube dan buat kat rumah je. Ambil masa setengah jam ke sejam. Ada yang cakap saya dah buat kerja rumah, berpeluh sampai ke lantai. Ahaks. Senaman juga. Ok, meh nak bagitau, senaman ni beza dia bila kita workout, kita dah tak boleh cakap dengan orang, tercungap2.Yang tuh baru burn kalori.
Supplement :
Semestinya Shaklee. Semulajadi, selamat dan berkesan. Supplement ni menampung nutrisi badan yang kurang, zaman serba sibuk ni, tahulah mana sempat nak penuhi Nutrisi yang badan kita perlukan bagi sihat.
Mengurut/Masage:-
Wajib sebulan sekali untuk betulkan urat dan memastikan perjalanan darah lancar.
Tips:- Jumpa orang sakit jangan bebel tau! Kang tambah stress dan tambah sakit.
No comments:
Post a Comment