Saturday 30 September 2017

ESP PROMOSI OKTOBER 2017 - PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU

Assalamualaikum. Alhamdulillah dipertemukan kita dengan bulan Oktober 2017. Pagi ni semangat nak bangun sebab tak sabar nak announce Promosi Beli ESP 4 TONG dapat diskaun 5%. Tak tahulah nak cakap. Memang seronok sangat. Nanti kita cerita lagi apa kelebihan ESP ni.

Wednesday 27 September 2017

SET RADIANT 4

Awesome sangat untuk semua wanita. Best kan confident keluar rumah tanpa mekap.

Testimonials. 

Monday 25 September 2017

DIET YANG BETUL

Semalam kaknaja terfikir2 banyak spekulasi diet. Macam2 versi, berat turun tapi sebenarnya anda hilang otot tak pun produk serap air dalam badan.

Tapi macam mana nak tahu? Lain orang lain dietnya. So, pagi ni kaknaja tengok member  ada share tips di Ig. Sekiranya kita di landasan yang betul, InshaAllah berat turun dengan selamat.

GLA MENJADIKAN PERIOD ON TIME!! SHAKLEE KOTA BHARU & PUTRAJAYA

Kalau cerita period wanita ni bermacam2 versi yang kita dengarkan? Pada mulanya Kaknaja makan GLA COMPLEX ni khas untuk kulit semata - mata. Kiranya Gla Complex ni sangat ideal untuk kesihatan dalaman luaran wanita.  Tapi macam best la pulak sebab automatik lawas.
Dah dapat kesan best, kaknaja kekadang ada la skip. Hihi. Biasalah mudah lupa.
Dipendekkan cerita, kaknaja mengalami masalah period tingtong. Walhal sebelum ni on time. Risau la. Tak tau punca apa. Kalau p klinik doktor cakap hormon maybe.
Setelah dikaji dan diuji kenapa kemungkinan disebabkan kenaikan berat badan setelah balik kerja di Kelantan ni. Sebab apa? Sebab semua benda nak try, macam kejutan jumpa makanan negeri. Tu diaa. Satu lagi kaknaja suka beli air manis yang sejuk dan gula tinggi everyday. Nampak cool dan sedap.
Tapi x jugak insaf, then konsisten balik ambil Gla Complex period kembali normal Alhamdulillah.
Betul ke gula yang tuh boleh bikin period kacau? Yesss, sebab bila lama tak sentuh terasa la nak try, lepas tuh period jadi ting tong, nasib la Gla Complex dah prevent awal2 agar period tidak berpanjangan.

Saturday 23 September 2017

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pe

lbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estr

ogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut. untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

Sumber : Doktor Hamid Arshad

PILOXING SSP & PILOXING KNOCKOUT

Sebenarnya tahun lepas dah cuba Piloxing, tapi tak konsisten. Tahun ni sebab ada kurusmate (kawan sesama diet) ajak, daku pun cuba la gagahkan diri juga.

Biasa la mula2 mana pandai. Buat la apa yang tau, janji peluh keluar.  Tapi best la pulak sebab memang semua jenis peluh la keluar.

Harap konsisten la yea. Teruja nak join sebab ada peserta  turun lebih kurang 30kg.Then ada yang cakap siap boleh hilang tyre spare. Kaknaja lagi semangat wei! Sekian, cerita petang. 😍

Wednesday 20 September 2017

MEMILIIKI KULIT SIHAT ADALAH IMPIAN SEMUA

Bersiaran lagi kita sekali lagi. Just nak share berkenaan kulit sihat ni ha.

Sekarang ni lambakan penjualan produk make up adalah terlalu banyak. Anda boleh sama ada nak yang mahal atau murah. Dan personally saya sangat teruja melihat wanita - wanita menjadi lebih cantik dan bermake up.

Pilihan bermake up atau tidak adalah pilihan kita sendiri.  Zaman dulu-dulu saya sendiri pun sangat minat menconteng muka. Feeling cute. Maklumlah zaman remaja semua saya rasa nak try.

Dan sekarang ni saya x teruja sangat nak make up. Pakai krim, bedak & lipstik sudah memadai. Dah x minat ke?  Faktor usia dan keterbatasan masa gitewww. Hihi.

Dan saya merasakan sangat bonus bila mana kulit sihat tanpa cela. Tak nak up pun still nampak bermaya, tegang dan tak kusam. Bestkan?

Nak tak kulit sihat luar & dalam?

Jom dapatkan Set Radiant 4 promosi sampai hujung bulan ni. ☺

Friday 15 September 2017

SHAKLEE MALAYSIA DAY 2017

Dari semalam lagi termimpi2 nak p bukak pintu branch Shaklee Kota Bharu. Hahaha(Gurau jer).

Actually hari ni Shaklee buat cabutan bertuah untuk pembelian 200uv lebih kurang RM600++. Special sangat sebab hari ni je.

Balik je Kelas Piloxing tadi terus la kaknaja bergegas ke Shaklee. Nasib x ramai orang. Dapat la no 3. Dah siap isi borang Nutrionist Puan Sarah yang Comel ajak test kulit secara percuma. Dalam hati, risau jugak. Nasib result ok, cuma pori besar sikit dan mudah naik jerawat. Tapi jarang je jerawat mai. Yang lain semua Good.

Dah siap semua barulah beli VIVIX dan dapat lah cabutan Bertuah Pencuci Muka Enfusselle. Alhamdulillah.

Dah siap semua zass balik sebab ada banyak kerja lagi kat rumah. No hal lah sebab boleh beli online kan.

Thursday 14 September 2017

MRT TAMAN MALURI KE KAJANG & GRAB CAR 2017

Lama betul tak menjejak kaki ke Kuala Lumpur, dah semakin maju. Dulu2 kaknaja just hafal erl, star & Putra lrt dan jarang komuter serta sikit 2 bas rapid dan hari-hari bas Nadi Putra.

Lama tak datang KL dah ada Uber & GRAB CAR. Kaknaja xde la teruja nak naik pun sebab tak tahu sangat. Kawan kaknaja rekemen naik grabcar so kaknaja ada la blaja sendiri.

Dah tau nak book cmne terus la naik nak p mana2. Yang bestnya grab ni memang dah letak harga siap - siap tapi tol bayar sendiri. Hihih. Berbeza dengan uber kalau jamed katanya kena charge.

Dan bulan Ogos baru ni kaknaja datang KL tapi tapi tak plan pun nak naik mrt mahupun grabcar. Plan asal nak g Sogo, tapi melencong ke Ikea Cheras. Biasa la. Mula2 eksyen naik grab. Time nak balik tak sure pasal apa grab xde. Berdebar jugak wei.

Nasib la pakcik grab tu baik dia dah ajar naik MRT dia suruh try. Dan nasib baik la kaknaja buat ramah p tanya Stesen mana. 

Best jugak MRT ni sebab dia canggih sikit. Harga pun separuh masa tu. Sampai jugak ke hotel. Sesudah makan kaknaja pengsan. Haha. Maklumlah sampai dari KB terus p Ikea!

Then janji pulak nak jumpa member kena la bangun jugak. Alhamdulillah merasa jugak naik MRT.

Tuesday 12 September 2017

Sunday 10 September 2017

UNTUK WANITA KEPADA WANITA 2017

Jangan lupa ambil Vitamin untuk penggantian darah baru.

OMEGA & DEMAM

Orang kata kalau tak nak kena demam pastikan anda semua kuatkan antibodi atau sistem Imun.

Masa sihat ni memang tak heran nak kuatkan sistem imun pun. Betul tak? Bila demam dah sibuk nak telan ubat lagi sambil nak telan supplement yang kuatkan sistem Imun.

Mengumpat yea? Tak.. tak.. kata kat diri sendiri je. Hihi. Tahun lepas kot rasanya kaknaja dilanda demam teruk, bukan jenis mild punya yang tahap tak boleh bangun dan tak lalu nak makan sebab mulut menjadi pahit.

Puncanya sebab lama tak demam dan makan merapu banyak. Masa tuh tak tau lah nak cakap macam mana. Baru ku tau bagaimana orang sakit yang tak boleh bangun tu. Orang cakap datanglah makanan paling sedap atau pun paling mahal masa sakit ni, dah tak boleh makan, hilang nikmat.

Baru kaknaja perasan kaknaja banyak skip vitamin yang kuatkan antibodi ni. Maklumlah dah lama sihat.

Tapi ada sikit gembira sebab walaupun dalam sakit, everyday kaknaja timbang turun sekilo, haha. Tak makan langsung kan,  makan  jer muntah. Satu lagi dah baik demam sikit p test gula & kolestrol. Kolesterol masa tuh 3.8 je. Rendah woo. Tapi gula tinggi woo!  Sebab kengkonon minum 100 plus nak bagi hilang demam. Bacaan tuh dah lepas makan. Terus seram nak minum air gas.

Lepas demam tu dah tak berani nak makan sangat benda - benda yang mengarut ni. Pengajaran betul.

Lepas tuh kaknaja dah tak skip Vitamin C dan Omega Guard. Alhamdulillah badan sihat dan demam tak bertandang lagi. Bonus yang dapat, kulit makin mois dan Ekzema pun dah kurang.

😍

Saturday 9 September 2017

SET BERPANTANG /MENYUSU SHAKLEE

Perlu ke ambil Set Berpantang /Bersalin /Menyusu Shaklee selepas kelahiran. Tiada paksaan pun kerana pilihan di tangan masing-masing.

Ada yang memilih air akar kayu ada yang memilih jamu. Tapi ada sesetengah orang tak tertelan pahitnya air tersebut sampai kan kena tutup hidung. Ada orang ok je telan banyak2 pun.

Pendapat kaknaja sendiri kaknaja lebih suka telan supplement Shaklee tiada rasa pahit dan semuanya adalah tablet.

Rata-rata ibu berpantang berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee kerana muka tidak pucat, luka cepat sembuh dan lebih bertenaga.

Bila badan cukup nutrisi InshaAllah sistem badan berfungsi dengan baik. Almaklumlah bila bersalin ni banyak yang nak kena ganti, satu lagi kita menjaga banyak benda, nutrisi diri sendiri, nutrisi susu ibu dan tenaga untuk menguruskan keperluan suami dan anak-anak.

Nak special guide from kaknaja? Jangan lupa contact 0199399544.


Friday 8 September 2017

POLIPS DAN KETUMBUHAN DALAM HIDUNG

Ini cerita benar bukan main - main tau.
😉.

Masalah kesihatan yang dahulu nya dihidapi oleh warga emas kini bukanlah penyakit warga tua lagi. Muda mudi juga tidak terlepas dari menghidap penyakit.

Tak kira berapa usia anda, jangan culas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Berbalik kepada polips/pholips tadi ianya merupakan ketumbuhan di dalam hidung. Ini kisah saudara kaknaja seperti yang diceritakan. Sangkaan awal pada mulanya adalah resdung biasa. Hidungnya selalu berair dan berhingus sentiasa. Ditambah pula dia gemar merokok dan suka makan telur membuatkan keadaan bertambah teruk dan dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Setelah diperiksa doktor mengesyorkan beliau untuk membuang polips tersebut. Tanpa berfikir panjang teruslah melakukan operation pada tarikh ditetapkan. Risau juga katanya sebab operation ni dekat dengan saluran pernafasan. Bila dengar dia cerita darah keluar banyak dan sakit saya yang mendengar pun seram weii.

Alhamdulillah segala berjalan lancar.

Selepas operation dia tidak dibenarkan smoking lagi dan berpantang beberapa jenis makanan seperti telur.

Kalau diikutkan memang la boleh je tak pantang bukan doktor nampak pun. Hihihi. Pengakuan dia sendiri cakap dah serik dan tak nak sakit lagi. Kekadang bila berada berhampiran perokok pun doktor dah dapat detect. Doktor dah cakap kalau awak smoking saya tak nak rawat awak dah.

Yang kaknaja bangga sikit sedara kaknaja ni lelaki tau. Tapi dia memang langsung tak skip ambil Vitamin. Heran juga sebab lelaki ni kan susah sikit. Jawapan dia satu je dah serik dan perit merasai kesakitan itu.

Jom cegah penyakit sebelum parah.

MISTERI SENGUGUT & WANITA

Tajuk bukan main lagi seperti la pulak misteri nusantara. Senggugut hanya boleh dirasai oleh kaum wanita sahaja. Sekiranya anda penghidap senggugut tahap guling - guling sila lah berjumpa dengan doktor. Ada sesetengah orang ianya merupakan simptom penyakit kewanitaan seperti kanser, fibroid, cyst dan lain-lain. Walahuallam.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang bebas penyakit setelah diperiksa oleh pihak doktor berkali-kali? Banyak cadangan yang dicadangkan. Ada yang mengesyorkan membuat rawatan traditional, mengurut, elakkan ais dan sayuran dan buah-buahan yang jenis sejuk seperti kubis, timun, pisang, asam dan lain-lain.

Sesetengah orang juga menasihatkan agar tidak kerap mengambil ubat pink. Ambil lah berpada - pada.

Pilihan lain adalah pengambilan supplement Shaklee iaitu :-

Vitamin B - untuk mengurangkan rasa sakit.
Ostematrix -  mengurangkan kesakitan dan kekejangan di bahagian perut.
Gla Complex - mengimbangi hormon

dan

Omega Guard - untuk melancarkan darah yang beku untuk keluar.

Saya dah ambil semua supplement di atas tetapi masih sakit?  Anda boleh megadose kan vitamin 2 yang berkenaan.

Satu lagi , emosi wanita ketika ini adalah sangat tidak stabil. Usah la anda buat sesuatu yang menyebabkan wanita marah atau rungsing. Nafsu makan dan keinginan pada benda - benda manis juga adalah tinggi.

Jom kawan2 kita atasi masalah senggugut.

Tuesday 5 September 2017

EKZEMA DAN DIRIKU

Sape kat sini ada masalah Ekzema? Izin kan saya untuk membantu anda.

Penyakit Gatal-Gatal, Ekzema, Alergik &  Bade dalam longhat Kelate ni dah lama kaknaja ada sejak dari kecik lagi, salah makan seafood atau sambal belacan tunggu la apa nasib.

Dah bermacam-macam cara cuba, klinik, krim, Mandian dan lain2. Pernah doktor cakap awak kena kawal makan je, kalau tak kawal awak datang balik jumpa saya, kalau boleh awak ambil supplement, bla2.

Panjang sungguh. Kekadang naik kat situ, kat sini macam bertukar2 tempat, so kaknaja pun cuba la tukar sabun mandi still ada jugak, kekadang pakai baju basuh pun still gatal. Tak tau nak salah kan apa dah.

So, kaknaja pun cuba konsisten kan diri dengan Omega Guard. Amik 6 biji sehari, terus ok. Eh, tak, maksudnya dah habis sebotol Ekzema kat badan hilang. Bukanlah makan sehari je terus ok. Dan kaknaja ada jugak mengelakkan sabun basuh pinggan yang menjadi punca masalah ini. Selain amik Omega Guard kaknaja juga konsisten amik Gla Complex dan Vitamin C. Alhamdulillah kulit semakin ok.  Kaknaja juga tidak lupa menjaga makan, masih makan tapi dalam tahap berjaga-jaga.

Meh tengok jari kaknaja yang memang alergik sabun ni. Kekadang bila gatal melanda rasa cam nak potong je jari sebab nak garu susah sikit. Sape penah alami mesti tahu.

DON'T PUSH YOUR BODY OVER YOUR BODY LIMIT

Curlast kaknaja hari ni weh! Speaking London. Sebenarnya kaknaja tetiba teringat kan nasihat seorang kawan yang sangat positif dan sederhana sangat orangnya walaupun berjawatan tinggi.

Dia cakap nak buat apa-apa dalam hidup ni kena ambil kira kemampuan diri. Jangan paksa diri last- last yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Macam mana laks kawan kaknaja tu boleh nasihat macam tu? Kisahnya bermula begini, pada mula2 kaknaja berjinak-jinak dengan senaman, terjadi lah sakit lutut. Badan besar p lompat-lompat memang lah! Kaknaja cakap cikgu boleh je, dia cakap cikgu takpe stamina dah kuat dan badan pun kecik. No problem nak lompat.

Dia cakap buat Ikut kemampuan diri jangan sampai cedera. Sejak dari itu kaknaja lebih berhati-hati mana boleh buat kita buat, yang tak boleh jangan buat, dah mahir sikit baru lah buat. Betul tak? Stamina pun dah ok. Baru lah kita masuk level advanced. Jangan malu.

Bersabit dengan nasihat itu, kaknaja pernah tengah bersenam, tetiba ada sorang rakan senaman ni tak tau lah tersalah lutut ke apa bunyi sangat lah kuat, fuh, x sure la apa jadi kat dia, terus dia berhenti sambil dipapah oleh kengkawan. Lepas dari itu terus tak nampak muka dia dan kaknaja pun dah tak ingat rupa dia.

Benda terjadi depan mata, terus seram, sejak tuh bila bersenam buat setakat mampu je, just nak keluarkan peluh & beribadah je. Tak de la peringkat nak jadi coach. Hihi. Just cerita pengalaman je.

Sunday 3 September 2017

HARI RAYA AIDILADHA KETIGA 2017

Assalamualaikum. Buat pe semua hari ni? Masih menikmati daging ke?  Seronokkan dapat makan daging?

Kaknaja hari ni bajet nak naik ke daratan, tetiba laks cirit birit dan muntah2. Maybe lama sangat tak makan pedas kan. So, sebab rasa diri sakit makan la nasi air yang dimasak dengan beras wangi. Diiringi serunding daging. Daging lagi.

Kemungkinan badan terkejut kot lama tak makan banyak.

Sebelah petang pulak kaknaja berzumba. Maklumlah nak bakar lemak. Cuti seminggu. Ish2.

Di kala sakit ni Peppermint Ginger Plus tak miss tau.
😉

Saturday 2 September 2017

CEGAH DIABETES

Jika anda punyai salah satu tanda kat bawah:- Boleh pergi check ya.

PENGALAMAN LALU & CERITA COOL

Apa la tajuk malam-malam macam ni. Macam tak de kaitan. Sebenarnya setiap manusia punyai pengalaman hidup yang berbeza. Ada yang melalui liku -  liku kehidupan dengan coraknya tersendiri.

Ada kenangan yang terlalu best dalam hidup dan ada kenangan pahit dan di harap ianya tidak berulang.

Tetapi di sebalik suka duka kehidupan tau kah anda pengalaman dapat mematangkan fikiran anda. Setiap orang punya pengalaman berbeza.

Setelah difikir balik, alangkah indahnya pengalaman dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kaknaja sendiri juga tidak terkecuali dari melalui pengalaman hidup berdikari semasa belajar dan bekerja. Maklumlah jauh dari orang tua membuatkan kita terpaksa buat sesuatu dengan sendiri. Bila dikenang kembali walaupun kekadang perit tetapi rasanya pengalaman ni tak dapat beli di mana-mana.

Di kala usia begini bila dengar adik2 atau kengkawan bercerita terasa "nasib aku dah lalui" dan anda akan menjadi lebih cool untuk berdepan dengan masalah pada masa kini.

2 jer nak bagitau. Patutlah orang tua suka membebel sebab mereka lebih makan garam dulu dari kita. Dulu-dulu kaknaja tak suka jugak dengar orang membebel. Membosankan. Tetapi sekarang dah cerdik sikit bila dengar bebelan pasti nak refleks diri balik dan fikir positive. Dan selalu fikir satu hari nanti aku akan tua jugak.

HARI RAYA KEDUA

Oh my. Bajet best la pulak hari-hari update hari raya. Tak de, memandangkan hari cuti so bolehla update banyak2.Ish2.

Sebenarnya dari semalam lagi dok terfikir nak pergi kenduri yang mana satu. Banyak sangat actually. Wah, sekali lagi bajet glamor. Hihihi.

" Jangan lupa datang rumah raya ke-2,tau lah orang Kelantan ni raya haji memang over meriah.

Nak dijadikan cerita semalam terkena la cirit birit. Tengah tidur sakit perut dan terus berulang ke tandas. Sebab lama sangat dah tak makan pedas. Sape suruh makan kan? Hihi.

Bila bangun pagi dah ok, terus iron 2 pasang baju sebab nak excited nak pergi kenduri. Tapi sebab banyak, memang kena pergi yang dekat2 jer. 😀

Alhamdulillah dapat jugak pergi kenduri walaupun tak p semua. Daging oo daging. Harap lah esok kaknaja back on track.

Friday 1 September 2017

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2017

Sedar tak sedar dah melangkah ke Bulan September kita semua. Cepatnya masa berlalu. Pantas.

Dah banyak ke wishlists anda semua tercapai. Ok, sebab mood masih raya, so kaknaja just nak share Promosi Apa yang menarik bulan ni.

Memang over menarik kot sebab Promosi bulan lepas diextent then ada lagi tambahan untuk ahli yang renew dapat Voucher RM40 tapi bayar RM30 jer. Then beli Set Radiant dapat la voucher RM60.00.

Sesungguhnya kaknaja sangat teruja k.

HARI RAYA AIDILADHA 2017

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Korban 2017. Aktiviti apa hari ni korang hari raya? Kaknaja cam biasa 1st raya memang kat rumah je. Tunggu tetamu datang. Kebiasaannya raya Haji jarang kot tetamu datang. Tapi di Kelantan ni dikatakan agak meriah jugak berbanding negeri lain sebab ibadah korban beramai-ramai.

Tapi tak sangka laks raya kali ni ramai pulak yang datang meriah seketika. Sanak sardara dan kengkawan. Yang jadi kalut sikit sebab mereka datang serentak. Biasa lah. Don't worry tetamu ni pembawa rezeki tau.

Dan kaknaja agak terkejut sebab kawan yang kaknaja kenal hampir 20 tahun tetiba muncul. Tapi lupa berapa tahun tak jumpa.

Dah pulak ajak bergambar. Alamak! Tunggu la aku kurus dulu, ish ko ni. Hahaha. Apa2 pun memang terkejut dan happy. ☺

Anyway Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Maaf Zahir dan Batin. 😍