Saturday, 2 September 2017

PENGALAMAN LALU & CERITA COOL

Apa la tajuk malam-malam macam ni. Macam tak de kaitan. Sebenarnya setiap manusia punyai pengalaman hidup yang berbeza. Ada yang melalui liku -  liku kehidupan dengan coraknya tersendiri.

Ada kenangan yang terlalu best dalam hidup dan ada kenangan pahit dan di harap ianya tidak berulang.

Tetapi di sebalik suka duka kehidupan tau kah anda pengalaman dapat mematangkan fikiran anda. Setiap orang punya pengalaman berbeza.

Setelah difikir balik, alangkah indahnya pengalaman dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kaknaja sendiri juga tidak terkecuali dari melalui pengalaman hidup berdikari semasa belajar dan bekerja. Maklumlah jauh dari orang tua membuatkan kita terpaksa buat sesuatu dengan sendiri. Bila dikenang kembali walaupun kekadang perit tetapi rasanya pengalaman ni tak dapat beli di mana-mana.

Di kala usia begini bila dengar adik2 atau kengkawan bercerita terasa "nasib aku dah lalui" dan anda akan menjadi lebih cool untuk berdepan dengan masalah pada masa kini.

2 jer nak bagitau. Patutlah orang tua suka membebel sebab mereka lebih makan garam dulu dari kita. Dulu-dulu kaknaja tak suka jugak dengar orang membebel. Membosankan. Tetapi sekarang dah cerdik sikit bila dengar bebelan pasti nak refleks diri balik dan fikir positive. Dan selalu fikir satu hari nanti aku akan tua jugak.

No comments:

Post a Comment