Friday, 8 September 2017

POLIPS DAN KETUMBUHAN DALAM HIDUNG

Ini cerita benar bukan main - main tau.
😉.

Masalah kesihatan yang dahulu nya dihidapi oleh warga emas kini bukanlah penyakit warga tua lagi. Muda mudi juga tidak terlepas dari menghidap penyakit.

Tak kira berapa usia anda, jangan culas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Berbalik kepada polips/pholips tadi ianya merupakan ketumbuhan di dalam hidung. Ini kisah saudara kaknaja seperti yang diceritakan. Sangkaan awal pada mulanya adalah resdung biasa. Hidungnya selalu berair dan berhingus sentiasa. Ditambah pula dia gemar merokok dan suka makan telur membuatkan keadaan bertambah teruk dan dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Setelah diperiksa doktor mengesyorkan beliau untuk membuang polips tersebut. Tanpa berfikir panjang teruslah melakukan operation pada tarikh ditetapkan. Risau juga katanya sebab operation ni dekat dengan saluran pernafasan. Bila dengar dia cerita darah keluar banyak dan sakit saya yang mendengar pun seram weii.

Alhamdulillah segala berjalan lancar.

Selepas operation dia tidak dibenarkan smoking lagi dan berpantang beberapa jenis makanan seperti telur.

Kalau diikutkan memang la boleh je tak pantang bukan doktor nampak pun. Hihihi. Pengakuan dia sendiri cakap dah serik dan tak nak sakit lagi. Kekadang bila berada berhampiran perokok pun doktor dah dapat detect. Doktor dah cakap kalau awak smoking saya tak nak rawat awak dah.

Yang kaknaja bangga sikit sedara kaknaja ni lelaki tau. Tapi dia memang langsung tak skip ambil Vitamin. Heran juga sebab lelaki ni kan susah sikit. Jawapan dia satu je dah serik dan perit merasai kesakitan itu.

Jom cegah penyakit sebelum parah.

No comments:

Post a Comment