Curlast kaknaja hari ni weh! Speaking London. Sebenarnya kaknaja tetiba teringat kan nasihat seorang kawan yang sangat positif dan sederhana sangat orangnya walaupun berjawatan tinggi.
Dia cakap nak buat apa-apa dalam hidup ni kena ambil kira kemampuan diri. Jangan paksa diri last- last yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Macam mana laks kawan kaknaja tu boleh nasihat macam tu? Kisahnya bermula begini, pada mula2 kaknaja berjinak-jinak dengan senaman, terjadi lah sakit lutut. Badan besar p lompat-lompat memang lah! Kaknaja cakap cikgu boleh je, dia cakap cikgu takpe stamina dah kuat dan badan pun kecik. No problem nak lompat.
Dia cakap buat Ikut kemampuan diri jangan sampai cedera. Sejak dari itu kaknaja lebih berhati-hati mana boleh buat kita buat, yang tak boleh jangan buat, dah mahir sikit baru lah buat. Betul tak? Stamina pun dah ok. Baru lah kita masuk level advanced. Jangan malu.
Bersabit dengan nasihat itu, kaknaja pernah tengah bersenam, tetiba ada sorang rakan senaman ni tak tau lah tersalah lutut ke apa bunyi sangat lah kuat, fuh, x sure la apa jadi kat dia, terus dia berhenti sambil dipapah oleh kengkawan. Lepas dari itu terus tak nampak muka dia dan kaknaja pun dah tak ingat rupa dia.
Benda terjadi depan mata, terus seram, sejak tuh bila bersenam buat setakat mampu je, just nak keluarkan peluh & beribadah je. Tak de la peringkat nak jadi coach. Hihi. Just cerita pengalaman je.
No comments:
Post a Comment