Orang kata kalau tak nak kena demam pastikan anda semua kuatkan antibodi atau sistem Imun.
Masa sihat ni memang tak heran nak kuatkan sistem imun pun. Betul tak? Bila demam dah sibuk nak telan ubat lagi sambil nak telan supplement yang kuatkan sistem Imun.
Mengumpat yea? Tak.. tak.. kata kat diri sendiri je. Hihi. Tahun lepas kot rasanya kaknaja dilanda demam teruk, bukan jenis mild punya yang tahap tak boleh bangun dan tak lalu nak makan sebab mulut menjadi pahit.
Puncanya sebab lama tak demam dan makan merapu banyak. Masa tuh tak tau lah nak cakap macam mana. Baru ku tau bagaimana orang sakit yang tak boleh bangun tu. Orang cakap datanglah makanan paling sedap atau pun paling mahal masa sakit ni, dah tak boleh makan, hilang nikmat.
Baru kaknaja perasan kaknaja banyak skip vitamin yang kuatkan antibodi ni. Maklumlah dah lama sihat.
Tapi ada sikit gembira sebab walaupun dalam sakit, everyday kaknaja timbang turun sekilo, haha. Tak makan langsung kan, makan jer muntah. Satu lagi dah baik demam sikit p test gula & kolestrol. Kolesterol masa tuh 3.8 je. Rendah woo. Tapi gula tinggi woo! Sebab kengkonon minum 100 plus nak bagi hilang demam. Bacaan tuh dah lepas makan. Terus seram nak minum air gas.
Lepas demam tu dah tak berani nak makan sangat benda - benda yang mengarut ni. Pengajaran betul.
Lepas tuh kaknaja dah tak skip Vitamin C dan Omega Guard. Alhamdulillah badan sihat dan demam tak bertandang lagi. Bonus yang dapat, kulit makin mois dan Ekzema pun dah kurang.
😍
No comments:
Post a Comment