Thursday, 14 September 2017

MRT TAMAN MALURI KE KAJANG & GRAB CAR 2017

Lama betul tak menjejak kaki ke Kuala Lumpur, dah semakin maju. Dulu2 kaknaja just hafal erl, star & Putra lrt dan jarang komuter serta sikit 2 bas rapid dan hari-hari bas Nadi Putra.

Lama tak datang KL dah ada Uber & GRAB CAR. Kaknaja xde la teruja nak naik pun sebab tak tahu sangat. Kawan kaknaja rekemen naik grabcar so kaknaja ada la blaja sendiri.

Dah tau nak book cmne terus la naik nak p mana2. Yang bestnya grab ni memang dah letak harga siap - siap tapi tol bayar sendiri. Hihih. Berbeza dengan uber kalau jamed katanya kena charge.

Dan bulan Ogos baru ni kaknaja datang KL tapi tapi tak plan pun nak naik mrt mahupun grabcar. Plan asal nak g Sogo, tapi melencong ke Ikea Cheras. Biasa la. Mula2 eksyen naik grab. Time nak balik tak sure pasal apa grab xde. Berdebar jugak wei.

Nasib la pakcik grab tu baik dia dah ajar naik MRT dia suruh try. Dan nasib baik la kaknaja buat ramah p tanya Stesen mana. 

Best jugak MRT ni sebab dia canggih sikit. Harga pun separuh masa tu. Sampai jugak ke hotel. Sesudah makan kaknaja pengsan. Haha. Maklumlah sampai dari KB terus p Ikea!

Then janji pulak nak jumpa member kena la bangun jugak. Alhamdulillah merasa jugak naik MRT.

No comments:

Post a Comment