Saturday, 6 May 2017

TIPS MEMULAKAN DIET

Cakap pasal diet ni, ramai yang teruja termasuklah kaknaja sendiri. Ramai yang berimpian tapi nak memulakan dan berhenti separuh jalan pun ada.

Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang buat biar sampai jadi.

AIR MANIS:-

Kalau mula2 nak start diet, mulakan dengan meninggalkan air manis terlebih dahulu, kalau dulu hari2,kurangkan seminggu sekali atau minum setengah cawan jer sekali sehari.

MAKAN NASI:-

Lupa bagitahu kaknaja pilih #dietmakannasi tau, makan nasi pula boleh kurangkan sedikit demi sedikit yea. Nak lebih afdal ambil sebesar penumbuk masing-masing, lauk ayam atau ikan seketul dan sayur yang banyak. Makan sayur banyak boleh cepat kenyang tau. Guna konsep #sukusukuseparuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur.

PILIHAN LAUK:-

Sekiranya masak sendiri boleh diadjust lauk bakar, kari, singgang @tomyam dengan menyukat kadar gula dan garam dan minyak, tapi jika di kedai, ada tips ya.
Mula2 sekali pusing tempat lauk, tengok lauk yang sesuai dan baru mula mengambil nasi dan lauk. Pertama ambil lauk bakar, kalau tak de amik kari, sup tapi kuah cukup sekadar 2-3 sudu ambil rasa. Last sekali dah tak de pilihan sangat baru ambil yang goreng. Goreng ni tak digalakkan sebab minyak banyak, tapi memang sedap. Nak sedap ke sihat? Jangan lah tak makan langsung tau, sebab bila tak makan perut lapar dan korang akan makan berganda-ganda lagi teruk.

WAKTU MAKAN :-

Waktu makan terbahagi kepada 6 kali sehari tau. Menarik bukan? Breakfast, Lunch dan Dinner, beserta 3 waktu snek.
Breakfast mesti tidak kurang 2 jam dari bangun tidur. Kalori nanti kita bagi next entry yea. Waktu pagi dan thari, mesti ada karbohidrat, protein dan fiber. Snek pula boleh pilih, buah, susu, biskut, green tea dalam kadar DIBENARKAN. Waktu malam boleh je nak ambil karbohidrat tapi kurangkan, seeloknya ambil protein dan fiber sudah kenyang.

SNEK :-

Penting ke snek ni?  Snek ni ambil boleh, tak nak ambil pun boleh, tujuan diambil adalah untuk mengelakkan anda lapar di waktu makan utama, lunch dan dinner. Tak nak metabolisme menurunkan. Biasalah bila perut terlampau lapar anda akan makan banyak.

MINUM AIR:-

Air ni seperti biasa konsep nya adalah 25kg berat=1 liter air. Ni kira sendiri ek. Satu lagi tips nak tahu cukup tak air, boleh tengok urin jernih ke tidak. Kalau jernih cukup air. Ada satu lagi tips untuk cepat kenyang, minum air dulu sebelum makan nasi. Baru cepat kenyang.  Satu lagi tengah-tengah diet kan, tetiba terasa lapar kan, cuba minum air dulu,sebab kekadang kita tak boleh beza badan lapar atau dahaga, kalau minum air x kenyang jugak, cuba bayangkan biawak bakar ada depan mata nak makan tak, kalau rasa nak makan jugak bermakna anda betul-betul lapar. So, boleh makan.

CHEAT DAY:-

Cheat day ni seminggu sekali jer. Bukan cheat day, cheat meal jer tau. Diet ni tak boleh makan suka hati tau. Tapi kan, sekiranya teringin kek, kfc boleh je makan, ambik rasa orang kata. Tak de lah kempunan.

TIPS TIMBANG:-

Jangan timbang hari-hari tau. Timbang seminggu sekali je. Waktu yang sesuai adalah di waktu pagi selepas membuang air besar. Tips lagi, malam sebelum timbang elakkan karbohidrat yea dikhuatiri badan simpan air dan berat bertambah.

SUPPLEMENT :-

Penting ke? Mesti penting untuk menampung nutrisi yang kurang. Lagi pun bila ambil supplement proses penurunan berat badan lagi cepat sebab ada pembantu.

Panjangnya cerita diet ni. Nanti kalau ada masa kita sambung lah cerita baca label, makanan yang sesuai dan lain - lain berkaitan.

No comments:

Post a Comment