Friday, 24 August 2018

KISAH DOA

Doa adalah senjata mukmin.Besar atau kecik sesuatu doa itu hendaklah kita bersunguh-sungguh berdoa.

Ada dua kisah menarik mengenai doa ni.Pada Aidiladha lalu,saya nak pergi sembahyang raya,selalunya solat sunat Aidiladha ni awal sikit berbanding Aidilfitri.Dah siap semua jam hampir ke pukul 8.Alamak sempat ke?Terus berdoa dalam hati dalam perjalanan ke masjid.Sampai je masjid,orang masih bertakbir, Alhamdulillah,belum start.Orang pun tak penuh sangat.Imam masjid cakap sepatut start pukul 8,tapi jadi pukul 8.15.Syukur sangat masa tu.Dalam hati terfikir ajaibnya doa.

Doa kedua adalah mengenai barang poslaju.Saya sebenarnya ada order kek untuk makan dengan adik-adik yang balik raya.Entah bagaimana,seller terlambat pos & barang pun tak sampai sebelum hari raya.Memandangkan Kelantan cuti raya 2 hari,maka rasa takde harapan la nak sampai.Adik pulak dah nak balik.Dan hari ni pulak hari Jumaat macam tak logik lak nak terima barang sebab hari ni cuti di Kelantan.Tak pe la nanti pos yang lain kat dia.Tapi,terus doa cakap harap-harap la posmen kerja hantar barang hari ni walaupun Jumaat. Tetiba posmen muncul hantar barang.Alhamdulillah.Lega.Walaupun macam tak logik tapi Allah makbulkan jugak doa.Terharu.

Kesimpulannya banyak kan berdoa.Insha Allah termakbul doa itu cepat ataupun lambat.

No comments:

Post a Comment