Baca dulu ya! Saje buat tajuk gempak sikit. Ada jugak kena marah kat doktor. Sekiranya kita terkena sebarang penyakit tak kisah la sakit apa, pastikan kita berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendiagnosis penyakit. Rujuk doktor dan terima saranan doktor. Bila masuk part pemakanan bolehla rujuk dietitian.
Badan manusia semua tidak sama. Saya bagi contoh ada setengah orang makan banyak tapi badan tak pernah naik, ada yang makan sikit tapi badan naik berganda. Begitu juga makanan, persekitaran dan udara. Ada orang ok dan tak ok. Bila kita dah dapat nasihat doktor apa yang harus dielakkan memang kena elak la. Tetiba lah kita terlanggar pantang dan masa tuh dah tengah malam jauh pulak dari klinik atau kita berada di luar negara contohnya, bahaya kan?
Menjadi doktor kepada diri sendiri saya maksudkan adalah memerhati diri sendiri tentang penyakit. Dulu-dulu saya selalu berfikir sakit Ekzema ni puncanya dari makanan semata-mata. Tanggapan saya salah setelah saya berjumpa doktor dan bertanya kepada dietitian. Ia melibatkan cara hidup,persekitaran dan juga pakaian. Terlalu banyak benda diambil kira. Saya sendiri tersangat sensitif dengan sabun mandi. Mula2 tukar dah ok, tapi lama-lama tak ok. Saya stop kulit terus jadi ok. Rupanya Ekzema saya bukan berkaitan makanan semata2.Ianya berkaitan sabun juga. Bila ada penyakit kulit macam ni banyak benda diambil kira.
Ini contoh jer. Sama lah juga dengan pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Banyak makanan dan cara kehidupan harus diubah. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Nak vitamin saya boleh rekemen. Vitamin Shaklee untuk anda sihat sokmo.
No comments:
Post a Comment