Wednesday, 19 April 2017

APAKAH GBS??

~Ambil perhatian ye ibu2 mengandung..~

APAKAH GBS ??

GBS adalah Streptokokus Kumpulan B juga dikenali dengan strep B merupakan salah satu bakteria yang hidup dalam badan manusia.Kira-kira satu pertiga daripada kita membawa gbs di dalam usus kita. manakala 1/4 daripada wanita mempunyai gbs di dalam faraj mereka. Ini termasuklah wanita yang hamil.

APAKAH RISIKO GBS

Kuman GBS tidak membawa kesan apa-apa kepada kita kerana kita mempunyai sitem imun yang kuat. Namun tidak bagi golongan immunocompromised - pesakit AIDS, atau pesakit under chemotherapy, atau kekurangan zat, geng2 GBS positif ni boleh menyebabkan jangkitan yang serius di dalam darah.

Begitulah juga bayi yang baru lahir, tiada sebarang antibodi, tidak mampu mempertahankan diri jika terdedah kepada kuman GBS ini.

RISIKO GBS TERHADAP WANITA HAMIL

Kuman ini tidak mempunyai apa-apa risiko bagi wanita hamil dan tidak mempunyai apa-apa tanda yang anda dijangkiti. Oleh kerana GBS tidak menunjukkan apa-apa tanda, ibu hamil sering kali mendapati mereka pembawa kuman GBS secara kebetulan apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab). Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi. Walaupun anda didapati positif pada awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak mempunyai GBS apabila tiba masa untuk bersalin.

TANDA-TANDA AWAL BAYI BERISIKO DIJANGKITI GBS

i) anda menunjukkan tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);
ii) air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;
iii) suhu badan anda naik (38 ͦ C / 100 ͦ F atau pun lebih) ketika proses kelahiran;
iv) sebelum ini anda mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;
v) anda didapati membawa GBS di faraj anda dan/atau dubur semasa anda hamil;

BAGAIMANA BAYI ANDA BOLEH DIJANGKITI KUMAN GBS

Bayi berisiko dijangkiti sebaik sahaja membran ketuban yang melindungi dirinya pecah. Apabila bermulanya proses kelahiran, bayi akan memasuki saluran peranakan ibu. Di sini bayi akan bersalut dengan organisma yang terdapat pada kulit dan vagina ibu termasuklah bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

ADAKAH BAYI ANDA BERISIKO DIJANGKITI GBS APABILA IBU ADALAH PEMBAWA

Tidak semua bayi yang terdedah dengan kuman GBS dijangkiti kuman ini. Kebanyakan bayi yang mempunyai ibu pembawa GBS tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi setiap tahun sekitar 700 orang bayi diserang pneumonia dan meningitis disebabkan jangkitan itu. Satu daripada 10 bayi dilaporkan meninggal dunia.

TANDA-TANDA BAYI DIJANGKITI GBS
Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:
i) mendengus
ii) kurang menyusu
iii) kelesuan
iv) cepat meragam
v) tekanan darah rendah
vi) suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa

RAWATAN UNTUK KUMAN GBS

Lakukan ujian calitan faraj (vaginal swab) sekiranya anda mempunyai keputihan yang banyak semasa hamil untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti GBS atau tidak. Sekiranya anda didapati membawa GBS atau anda pernah dijangkiti GBS pada kelahiran sebelum ini, berbincanglah dengan doktor anda. Biasanya wanita yang dijangkiti GBS akan diberikan antibiotik sebelum proses kelahiran untuk mengelakkan jangkitan pada bayi.

No comments:

Post a Comment