Dalam sedikit masa lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Antara perkara yang selalu difikirkan selain menyediakan baju raya, juadah berbuka puasa dan menu bersahur supaya dapat berpuasa dengan baik sepanjang Ramadhan.
Semasa Bulan Ramadhan, ianya adalah waktu untuk keluarga berkumpul bersama kerana waktu makan adalah sama. Sejak dari kecil lagi Menu Ramadhan adalah yang ditunggu-tunggu kerana sesetengah makanan hanya terdapat pada Bulan Ramadhan. Waktu sahur adalah waktu yang sangat sukar untuk bangun. Oleh kerana telah menjadi amalan sejak kecil lagi perlu bersahur, memang wajiblah kena bangun. Walaupun sahur ini merupakan amalan sunat,tetapi ada keberkatan di situ. Seelok-eloknya melewat-lewatkan waktu sahur dan menyegerakan waktu berbuka.
Di rumah, menu sahur biasanya adalah nasi dan lauk-lauk kering atau masin seperti telur masin, serunding dan daging kering. Oleh kerana waktu sahur adalah awal pagi, menu yang dimakan adalah ala kadar sahaja yang penting ada nasi panas-panas.
Menginjak dewasa dan keluar belajar diikuti bekerja,keadaan berubah bila berpuasa di tempat lain. Mempunyai kawan-kawan dari luar daerah dan negeri masing-masing bercerita perihal sahur masing-masing. Ada yang bersahur dan ada jugak yang tidak. Rupanya baru ku tahu bukanlah kewajipan memakan nasi di waktu sahur. Maklumlah amalan dah macam tu dari kanak-kanak lagi.
Kesimpulannya, eloklah kita semua bersahur dengan makanan yang berkhasiat agar kita cergas dan sihat sepanjang hari agar kerja- kerja harian tidak tergendala kerana badan tidak sihat.
No comments:
Post a Comment