Cerita pasal kurus ni ramai yang bercita-cita nak kurus. Termasuk kaknaja sendirilah. Walaupun zaman dulu-dulu dah pernah merasa kurus, tapi zaman itu jugak la nak kurus. Macam-macam produk lah kaknaja try masa tuh. Sampai lah taknak cuba. Makan dan terus makan. Hihihi.
Tak cukup dengan beli produk, masuk kelas aerobik dan gym pula. Balik kelas makan lagi sebab mengira kalori yang terbakar semasa bersenam. Kira top up kalori. Eh, tapi baru dapat fakta 80%jaga pemakanan dan 20% senaman. Baru boleh kurus. Part nak jaga makan tuh susah sikit sebab tak de Ilmu masa sangat masa tu. Istilah jaga makan masa tu adalah tidak makan. Macam mana nak hidup kalau tak makan. Tak pasal-pasal gastrik pulak.
Sehinggalah kaknaja terjumpa kelas eatclean secara online. Menarik, semuanya online. Resipi eatclean dan exercise yang betul. Alhamdulillah berjaya turun 7kg dalam masa 21 hari pada kelas yang pertama. Macam tak caya pun ada lah. Walaupun penat tetapi berbaloi-baloi.
Nanti kita cerita details berkenaan perjalanan eat clean yang ditempuhi.
No comments:
Post a Comment