Friday, 17 February 2017

Resipi Soto Versi Kak Naja

Kelantan dapat cuti 3 hari tersangat seronok. Azamnya nak update blog sebanyak mungkin. Tapi biasalah den ni ari Jumaat memang busy sikit. Basuh baju, kemas rumah dan dapur gaya bibik ala diva.(Gurau jer).

Sebenarnya dah lama nak masak soto, tapi asyik tertangguh sebab x cukup bahan. Semalam ke pasar terus lah den beli apa-apa yang patut. Den masak versi simple jer. Tapi lama jugak. Sebab banyak buat benda lain.

Resipi Soto

Nasi Himpit[kapit) beli yang segera dan rebus jer. Versi buat sendiri nanti kita review lain kali ek).

Kuah soto :

Bawang putih - 5 ulas
Bawang merah - 10 ulas
Halia sedikit
Blend

Panaskan minyak, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, dah naik bau masukkan bahan blend tadi, serai jgn lupa, 1-2 batang dah ok.

Masukkan ayam dan air ikut suka bila dah masak masukkan rempah kurma 3 sudu dan garam secukup rasa. Siap.

Begedil Daging

Rebus kentang dan daging cincang.
Lenyekkan kentang, masukkan daging, daun sup & daun bawang, bawang goreng(kalau ada) dan lada hitam yang di tumbuk sedikit kalau nak sedap. Gaul semua dan gentel. Celup telur dan goreng. Yummy.
Teknik menggoreng cam biasa la tunggu api betul2 panas dan slow kan sikit semasa menggoreng.

Sambal Kicap

Kicap manis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit perahan limau nipis

Resipi ni boleh la adjust Ikut kesesuaian k.

Ok la resipi untuk minggu ni. Nanti kita share lagi k.

No comments:

Post a Comment