Monday, 27 March 2023

VITAMIN C BUKAN HANYA UNTUK CANTIK





Kalau nak cantik telanlah Vitamin C atau inject Vitamin C banyak- banyak mesti kulit cantik.  Biasa terdengar begitukan? Tidak dapat dinafikan memang Vitamin C dapat membantu anda mendapat kulit yang cantik dan bebas dari sebarang cela. Tahukah anda Vitamin C juga mempunyai fungsi lain yang lebih menarik untuk kesihatan seluruh badan anda.

Vitamin C juga lebih dikenali sebagai vitamin yang membantu meningkatkan Sistem Imun Badan yang dapat menghalang anda dari terkena selsema,demam & batuk. Sebab itu ramai di kalangan kita telah mengambil Vitamin C seawal usia kanak-kanak untuk tujuan tersebut.

Selain itu ianya dapat membantu penyembuhan luka dengan cepat. Bagi ibu bersalin dan mereka yang baru menjalani pembedahan sangat sesuai mengambil Vitamin C untuk membantu proses penyembuhan luka dengan cepat.

Salur darah juga akan menjadi elastik dengan pengambilan yang betul. 


Yang lebih menarik perhatian saya adalah sifat vitamin c sendiri adalah anti radang. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan untuk mendapat kesihatan elakkkan memakan benda yang menyebabkan radang.

Mungkin di kalangan anda sudah mengetahui apakah makanan yang menyebabkan diri anda alergik atau radang.  Perlu dielakkan agar anda tidak mudah jatuh sakit dan sentiasa sihat.

Berminat nak dapatkan Vitamin C. Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.


☎️ 0199399544

Saturday, 25 March 2023

MENGAPA PERLU B COMPLEX UNTUK KURUS.

Day 4 berpuasa. Macam mana kesihatan kalian semua? Diharap sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan untuk hari- hari mendatang. Seperti biasa, wanita terutamanya adalah peminat setia diet🤭. Akan tetapi berbeza dengan bulan biasa. Bulan Ramadhan ni dikatakan banyak lagi kilogram akan diturunkan memandangkan pengurangan pengambilan kalori.

Benarkah kenyataan itu? Sebenarnya perkara berikut adalah terpulang kepada individu. Bulan puasa ni, godaan kuih-muih dan lauk-pauk adalah lebih banyak. Tambahan lagi ianya dibeli di waktu lapar dan dahaga. Apapun semestinya kita target nak kurus di hari raya agar dapat memakai baju raya dengan selesa.

Jika disenaraikan terlalu banyak faktor untuk kita menjadi kurus, contohnya melancarkan pergerakan solat, senang mencari size baju dan juga tidak lemau untuk melakukan sebarang pekerjaan.

Pasti ramai yang mencatat penurunan pada minggu pertama puasa ni. Jangan mudah gembira kerana penurunan itu adalah kehilangan air. Sebenarnya yang terbaik untuk kita turun berat ialah mengurangkan kalori makanan dan bersenam. Perhatikan kembali berat yang turun adalah lemak atau otot? Semestinya nak turun lemak kan agar tidak berlaku kenaikan pantas apabila anda terlebih kalori.

Salah satu faktor penting untuk penurunan berat adalah dengan mengelakkan stress. Bila badan stress, berat sukar untuk turun. Cara untuk mengelakkan stress dan kekal tenang adalah mengambil Vitamin B Complex lebih dikenali dengan vitamin anti stress.

Pilihan saya mestilah Vitamin B Complex Shaklee kerana ia mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1,2,3,5,6,9,12 dan Biotin.


Sepertimana yang diketahui, Vitamin B12 dapat meningkatkan metabolisme badan. Peningkatan metabolisme juga dapat mempercepatkan lagi pembakaran lemak di dalam badan anda.

Untuk pengetahuan anda juga, Vitamin B juga membantu menukarkan glukos dan karbohidrat kepada tenaga. Kekurangan Vitamin B akan menyebabkan glukos dan karbohidrat tersimpan rapi di dalam badan.




Satu lagi gejala yang kurang dipandang oleh mereka yang berdiet adalah kekurangan nutrisi. Pengurangan kalori harian akan menyebabkan nutrisi yang badan anda perlukan kurang sekaligus badan menjadi kurang sihat. Oleh sebab itu, amatlah digalakkan untuk anda mengambil Multivitamin.

Nanti saya sambung lagi cerita diet yang tiada penghujung ini untuk anda semua.

Nak beli B Complex? Jangan lupa hubungi saya:-

Naja Ghazali - 0199399544



Thursday, 16 March 2023

SET SHAKLEE PALING SAYA SUKA.


Bila sebut vitamin dan makanan tambahan pastinya terbayang macam-macam di benak fikiran masing-masing. Urin mahal, keperluan orang have-have, tidak perlu dan ada juga yang tidak tahu apa yang hendak dimakan untuk keperluan badan.

Bagi saya sendiri sebelum berkenalan dengan Shaklee, pernah la makan vitamin dari jenama lain. Beli apabila peniaga bercerita mengenai kebaikan vitamin tersebut tanpa perlu tahu keperluan badan. Itu cerita dulu-dulu.

Setelah beberapa episod membaca kebaikan vitamin shaklee, hati tertarik nak memcuba vitamin shaklee. Bukanlah tak kenal atau tak pernah dengar, branch pun dekat rumah jer, tapi belum terbuka hati.

Oleh kerana saya mempunyai masalah resdung yang selalu bertandang, beberapa kawan menasihati agar mencuba supplement selain makan ubat. Pilihan saya waktu itu semestinya Set Resdung Shaklee. Bila terkena je resdung pelbagai cara dicuba sampaikan dah hafal nama ubat. Pernah buat tindakan berani dalam ketakutan iaitu pergi rawatan asap dan lintah.😅 Bila dah sakit ni bermacam lah cuba kan walaupun takut.

Set Resdung Shaklee adalah terdiri daripada Vitamin B Complex, Vitamin C dan Alfafa Complex. Jom kita berkenalan dengan vitamin-vitamin tersebut bagi yang belum kenal.



VITAMIN B COMPLEX

❤ Membantu memberi tenaga.

❤ Membantu menukar makanan kepada tenaga.

❤ Membantu fungsi saraf yang baik dan mengawal stress.

❤ Mencegah anemia.

❤ Kesihatan kulit serta mengurangkan masalah migrain.



VITAMIN C SUSTAINED RELEASE 


❤ Mengurangkan risiko diserang batuk, demam &  selsema.

❤ Membantu menguatkan gusi.

❤ Mengurangkan masalah resdung.

❤ Mempercepatkan kesan penyembuhan luka.

❤ Membatu menguatkan tulang dan gigi.


ALFAFA COMPLEX


❤ Membuang toksik dalam badan yakni mencuci hati, darah dan usus.

❤ Menyingkirkan lemak dan mengurangkan kolestrol.

❤ Menggalakkan penghasilan susu ibu.

❤ Memperbaiki masalah saluran penghadaman mengurangkan sembelit dan kembung perut.

❤ Membantu membuang angin dalam badan.

❤ Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap dan bau badan dengan berkesan.

Sesiapa yang adalah masalah resdung jangan lupa untuk mencuba Set Resdung Shaklee. 

Tak tahu nak beli macam mana? Boleh hubungi saya di nombor kat bawah:-

☎️ 019-9399544

Facebook, Instagram & Tik Tok : Naja Ghazali




Saturday, 11 March 2023

IMPIAN BERSAMA SHAKLEE





Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya.  Begitu juga dengan manusia, lain orang lain citarasa,lain keadaan lain impiannya. Setiap dari kita pastinya mempunyai impian kehidupan kecil atau besar. Perbezaannya adalah dari segi tahap kewangan, suasana dan cara seseorang itu dibesarkan.

Bagi kebanyakkan wanita, tapi bukan semua pasti mempunyai ‘wishlist’ setiap bulan sama ada pembelian di kedai ataupun secara atas talian. Satu kepuasan apabila dapat membeli sesuatu yang diimpikan. Impian kecil ini pastinya tidak menelan kos yang besar.

Impian setiap manusia yang berbeza begitu juga dengan diri sendiri. Impian terbesar saya adalah menunaikan Fardhu Haji Rukun Islam ke 5 bersama keluarga tersayang. 

Pasti ianya memerlukan doa tanpa putus dan simpanan duit yang cukup untuk ke sana.  Oleh sebab itu, saya menceburi bidang perniagaan dengan menjual supplement Shaklee. Untuk makluman, income Shaklee ni adalah pasif income di mana ianya tiada limit bergantung kepada pencapaian perniagaan bulanan.

Seronoknya berniaga Shaklee ni selain income, ukhwah yang terjalin di antara satu sama lain. Semangat teamwork yang diterapkan sangat membantu saya menjana lebih pendapatan bersama Shaklee seterusnya dapat merealisasikan impian besar saya di masa yang akan datang.

Thursday, 9 March 2023

SET PUASA SHAKLEE PILIHAN RAMAI



Menginjak lagi dua minggu, seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Pastinya bulan ini yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam, kerana pahala kebaikan berlipat ganda.

Selain itu, pelbagai juadah Ramadhan yang unik juga menjadi  kan puasa lebih meriah. Seperti kebiasaan, selain berbuka puasa dengan kurma yang merupakan makanan sunnah, ayam percik, nekbat, kuih guba guling juga adalah menu yang tidak ketinggalan di Pantai Timur.

Selalunya dan kebiasaan makanan dan perbelanjaan Bulan Ramadhan agak tinggi kerana kenaikan harga barang mentah. Dalam keterujaan kita menikmati pelbagai menu pastikan ia berpada- pada agar bacaan gula dan kolestrol tidak naik mencanak.

Bercerita mengenai pengalaman sendiri berkaitan dengan menu puasa dan diet pastinya ia memberi kesan dan perbezaan. Biasalah wanita, pastinya berniat nak turunkan berat badan sepanjang tahun termasuk Bulan Puasa.

Untuk menurunkan berat, pastinya kita mengurangkan kuantiti makan. Setelah belajar mengenai ilmu pemakanan ini, baru tahu kurang kalori harian juga menyebabkan berat sukar turun. Tapi bila dah belajar pasti berat turun dengan mudah.😄

Selain persediaan rohani dan jasmani, pastinya saya tidak melupakan Set Berpuasa Shaklee 1-2-3 kerana ianya membantu memberi kecergasan sepanjang berpuasa.

Almaklumlah bila bekerja ni tenaga kena lebih sedikit. Sesudah sahur pastinya dah kena bersiap menuju ke pejabat kerana jalan agak sibuk pada bulan puasa.

Untuk mengelakkan diri menjadi lemau, pastikan anda bersahur dengan ESP dan Cinch Chocolate kerana rasanya yang lazat dan mengenyangkan. Selain itu, Perfomance Drink dapat membantu mengurangkan rasa dahaga,kulit dan bibir juga tidak kering. Gabungan ESP, Cinch Chocolate dan Perfomance Drink ni terdapat dalam Set Puasa Shaklee yang sangat murah pada bulan ini.

Cara menyediakan juga mudah dan tidak merumitkan. Dan paling best bulan ini Shaklee buat Promosi harga murah sangat. Rugilah kalau tak grab yea.

Tak tahu nak beli kat mana Set Puasa Shaklee ? Jom tekan nombor kat bawah ni yea.


☎️ - 0199399544

Fb,Ig & Tiktok :- Naja Ghazali



Tuesday, 7 March 2023

MERIAHNYA BERSAHUR BERSAMA KELUARGA.


Dalam sedikit masa lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Antara perkara yang selalu difikirkan selain menyediakan baju raya, juadah berbuka puasa dan menu bersahur supaya dapat berpuasa dengan baik sepanjang Ramadhan.

Semasa Bulan Ramadhan, ianya adalah waktu untuk keluarga berkumpul bersama kerana waktu makan adalah sama. Sejak dari kecil lagi Menu Ramadhan adalah yang ditunggu-tunggu kerana sesetengah makanan hanya terdapat pada Bulan Ramadhan. Waktu sahur adalah waktu yang sangat sukar untuk bangun. Oleh kerana telah menjadi amalan sejak kecil lagi perlu bersahur, memang wajiblah kena bangun. Walaupun sahur ini merupakan amalan sunat,tetapi ada keberkatan di situ. Seelok-eloknya melewat-lewatkan waktu sahur dan menyegerakan waktu berbuka.

Di rumah, menu sahur biasanya adalah nasi dan lauk-lauk kering atau masin seperti telur masin, serunding dan daging kering. Oleh kerana waktu sahur adalah awal pagi, menu yang dimakan adalah ala kadar sahaja yang penting ada nasi panas-panas.

Menginjak dewasa dan keluar belajar diikuti bekerja,keadaan berubah bila berpuasa di tempat lain. Mempunyai kawan-kawan dari luar daerah dan negeri masing-masing bercerita perihal sahur masing-masing. Ada yang bersahur dan ada jugak yang tidak. Rupanya baru ku tahu bukanlah kewajipan memakan nasi di waktu sahur. Maklumlah amalan dah macam tu dari kanak-kanak lagi.

Kesimpulannya, eloklah kita semua bersahur dengan makanan yang berkhasiat agar kita cergas dan sihat sepanjang  hari agar kerja- kerja harian tidak tergendala kerana badan tidak sihat.